KUALA LUMPUR Kebanyakan portal berita hari ini menyiarkan berita pasaran Ringgit dibuka lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kepada paras terendah yang pernah dicatatkan semasa krisis kewangan Asia 1998 pada Rabu 7/9/2022 .

Inilah kesan apabila ramai pelabur menjual Ringgit kepada mata wang Amerika itu ekoran tiada petunjuk jelas ekonomi.




Pada 9:01 pagi, mata wang tempatan merosot kepada 4.5010/5035 berbanding dolar AS daripada 4.4970/4500 ketika ditutup pada Selasa.


Kejatuhan ini khabarnya berpunca antaranya disebabkan perang Russia-Ukraine yang semakin sengit.

Keadaan itu ditambah dengan tindakan Russia untuk memotong bekalan gas ke Eropah bagi tempoh yang tidak dinyatakan.

Perlu juga akibat ketandusan pelan ransangan ekonomi yang tuntas menyebabkan pedagang matawang menjual Ringgit.

Penjualan pada sekala besar menyebabkan nilai matawang merosot.

Bergantung secara total dengan kuasa pasaran membahayakan ekonomi negara.

Pelan baru ransangan ekonomi mesti dilaksanakan segera.
Sikap tunggu dan lihat hanya akan menyebabkan harga barang terus meningkat ekoran kelemahan ringgit.
Harus diingat Malaysia banyak mengimport barangan dari negara.
Kebanyakkan pembelian berskala besar ini menggunakan matawang Amerika.

Bayangkan jika sebelum ini untuk membeli set komputer riba sekitar harga RM3000 ketika tukaran berada pada 1USD= RM4.30.


Apabila Ringgit menjunam, contohnya RM4.50 =11USD pasti harga meningkat kepada RM3,140.00.
Peningkatan RM140 itu adalah tekanan keatas poket rakyat terpaksa mengeluarkan wang yang lebih.

Hentikan memberi alasan membandingkan dengan matawang negara selain Amerika kerana ianya tidak memulihkan kepercayaan pemain matawang.

Masa untuk memerah otak mencari penyelesaian untuk menyelamatkan rakyat dari bebanan inflasi ini .

Lihat sendiri kejayaan pelan ekonomi 2017 tanpa perlu menambat Ringgit, prestasi ringgit mengukuh dengan cemerlang hasil pelan pelan yang dirangka mendapat penilaian positif dari pelabur matawang.


Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Ringgit cecah paras terendah sejak krisis kewangan Asia 1998 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares