Majoriti penduduk India adalah miskin dan tidak berpendidikan. Walaupun mereka memahami hak mereka sebagai manusia, mereka tidak mempunyai peluang untuk mendapat keadilan undang-undang kerana, belanja besar mendapatkan peguam diluar kemampuan.



Bagi memastikan keadilan ditegakkan, rakyat harus mempunyai hak diwakili peguam di mahkamah.

Kerajaan India membetulkan isu ini dengan pindaan perlembagaan Perkara 39-A dengan menambah addendum melalui Pindaan ke-42 pada tahun 1976.

Hak untuk membolehkan kerajaan menyediakan bantuan guaman percuma disokong di bawah Perkara 39A dan 21 perlembagaan India, dengan Perkara 21 menyatakan bahawa tiada orang akan dilucutkan nyawa atau kebebasan peribadi mereka kecuali melalui proses undang-undang.

Selanjutnya, Perkara 39-A mengarahkan kerajaan untuk menjamin bahawa semua rakyat mempunyai akses kepada peguam tanpa mengira status kewangan mereka.

Hak untuk mendapatkan keadilan bermula apabila seseorang itu menjadi berhadapan tuduhan yang menyalahi undang-undang.





Masalahnya utama ialah tertuduh yidak mampu membayar upah peguam.


Keadaan ini mengakibatkan terlepas peluang untuk individu yang kesnya boleh dimenangi dengan bantuan peguam semasa prosiding perbicaraan.

Berdasarkan etika profesional, peguam bela sepatutnya mengambil kira perkara sesiapa yang meminta bantuan mereka tanpa mengambil kira berapa banyak mereka akan dibayar atau apakah merit yang terlibat dalam perkara itu.

Namun, dalam era ini di mana wang adalah matlamat utama. Oleh itu, kebanyakan peguam profesional berkhidmat untuk mendapatkan wang.

Bantuan guaman percuma, ialah penyediaan perkhidmatan oleh peguam secara pro bono bagi mereka yang tidak mampu mendapatkan representasi undang-undang. Ini merupakan aspek penting undang-undang jenayah di India, di mana seksyen 304(1) Kanun Prosedur Jenayah (CrPc), 1973 memberikan setiap warganegara hak berkanun untuk mendapatkan perkhidmatan guaman percuma oleh peguam atau kumpulan peguam jika mereka didapati bersalah dan tidak mampu membayar denda.


Peruntukan berkaitan Perkara 39-A Perlembagaan, yang mengatakan bahawa prinsip seperti keadilan sama rata dan bantuan guaman percuma mesti dipatuhi oleh mana-mana mahkamah yang ditubuhkan di India.

Sebagai contoh peguam bela dari sistem bantuan guaman telah memberikan sumbangan yang besar kepada rakyat India.



Disebabkan mandat perlembagaan, mahkamah di India dikehendaki menawarkan bantuan guaman percuma.

Juga mahkamah mempunyai kuasa untuk memberikan pampasan bagi mereka yang mungkin terhalang mendapat keadilan sewajarnya.


Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Setiap Rakyat India berhak mendapat khidmat peguam secara percuma " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares