Rungutan kalangan pengusaha rekreasi laut yang terjejas akibat kehadiran orang asing yang menawarkan perkhidmatan sama kepada pelancong.

Gambar hiasan

Pada awalnya orang asing ini datang sebagai pelancong di pulau pulU peranginan negara kita.

Mereka akan menginap untuk tempoh 5-6 bulan untuk belajar cara menjadi pemandu penyelam (diver guide)

Kemudian mereka akan membuka perniagaan sebagai pemandu penyelam. Pelanggan warga asing dari eropah atau Amerika akan menggunakan perkhidmatan orang asing ini.

Keadaan ini menyebabkan perniagaan pemandu penyelam oleh rakyat tempatan terpaksa gulung tikar.

Ini kerana kebanyakan pelancong yang berminat dengan aktiviti menyelam ini adalah orang asing dari eropah dan Amerika.

Pengusaha asing ini menjadikan kehadiran sebagai pelancong untuk bertapak dan mempelajari selok-belok urusan menjalankan perniagaan dinegara kita.

Ada kemungkinan mereka menggunakan orang tempatan untuk mendapatkan lesen perniagaan dari pihak berkuasa.

Dengan kata lain nama perniagaan dimiliki oleh orang tempatan tetapi operasinya dijalankan oleh warga asing.

Keadaan ini perlu tindakan segera pihak berkuasa kerana mengancam perniagaan penduduk warganegara.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Mat salleh rampas pekerjaan orang tempatan. " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares