Hampir semua portal media perdana menyiarkan prestasi Ringgit dilihat semakin susut dengan nilai tukaran semasa RM4.72 bagi AS$1 pada tengahari Jumaat 9/9/2022 berbanding RM4.49 pada sebelah pagi hari yang sama

RINGGIT dilihat semakin lemah khabarnya ekoran peningkatan kadar faedah di Amerika Syarikat menyebabkan peniaga matawang menjual Ringgit untuk menbawa Dolar Amerika ke pasaran Amerika Syarikat.

Faedah tinggi itu akan memberi pulangan keuntungan lumayan kepada peniaga matawang.

Akibatnya ringgit menjadi bertimbun didalam negara.

Kesannya akan menurunkan nilai ringgit dipasaran tukarsn wang asing.

Ramai netizen mengeluh panjang kerana kebimbangan berulang lagi krisis matawang seperti di tahun 1998.

Harga barang akan melambung jika sekadar tunggu dan lihat sahaja

Rakyat pastinya akan mengurangkan perbelanjaan dan ini tidak baik untuk ekonomi negara.

Maka pakej rangsangan ekonomi mesti digerakkan segera bagi memberi keyakinan kepada rakyat untuk berbelanja sebagaimana biasa.

Dengan hanya menerangkan punca kejatuhan nilai ringgit tanpa disusuli pelan ransangan hanya akan meningkatkan kemarahan rakyat.

Berjimat bukan model bagus untuk ekonomi makro.

Kerajaan mesti mengeluarkan perbelanjaan seperti mengadakan Pilihanraya untuk menggerakkan perbelanjaan dalaman negara.

Tentunya projek kecil seperti tar jalan, longkang, bekalan elektrik dan air dan banyak lagi akan merancakkan perbelanjaan.

Jika kerajaan berjimat tidak mahu berbelanja ketika ekonomi merosot akan menyebabkan kesan berganda kemelesetan keatas rakyat jelata.

Pilihanraya akan meningkat keyakinan rakyat dengan perubahan baru dan juga menyuntik petunjuk positif kepada pelabur luar negara untuk meningkatkan kemasukan modal dalam negara.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Ngeri juga tengok Ringgit semakin susut " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares