Terdengar ahli politik bersembang pendapat samada pilihanraya wajar diadakan tatkala negara berhadapan masalah ekonomi inflasi tinggi.


Sebahagiannya berkata pilihanraya ditangguhkan sehingga ekonomi pulih. Ini untuk memberi ruang masa kepada kerajaan untuk berusaha memulihkan masalah inflasi dan kejatuhan nilai ringgit.

Secara sepintas lalu memang berjimat cermat adalah tindakan yang biasa dilakukan tetapi pada peringkat ekonomi mikro.

Jika kaedah ini digunakan pada ekonomi makro bakal mengundang malapetaka besar.



Sebahagian lagi mengatakan mengatakan pilihanraya perlu diadakan sekarang untuk mendapatkan mandat baru dari rakyat.

Mandat baru ini penting untuk menghantar isyarat jelas kepada pelabur luar negara untuk kembali membawa modal ke pasaran negara kita.

Kerajaan tidak boleh menggunakan kaedah berjimat cermat semasa krisis ekonomi.

Kerajaan Berjimat cermat semasa krisis akan menyebabkan masalah kecairan modal dalam negara.


Bayangkan tidak ramai orang keluar berbelanja, kontraktor tidak punya projek akibat semua projek dibekukan.
Ini akan menyebabkan pembuangan pekerja kerana syarikat tidak mampu menanggung kos.

Kesanya akan berjangkit kepada seluruh perniagaan.



Dari segi penggalakan ekonomi semasa krisis, pilihanraya akan menggerakkan projek- projek kecil seperti pembaikan jalan, air dan elektrik kekawasan yang memerlukan.

Tidak secara langsung akan membantu meningkatkan kecairan modal dalam pasaran tempatan.

Kecairan modal membantu meningkatkan keupayaan rakyat untuk berbelanja.

Memang benar pilihanraya memerlukan belanja sekitar RM2.5 himgga RM3 Billion.

Namun belanja ini menyumbang kepada kecairan modal. Ada perbelanjaan maka ada perniagaan.

Aktiviti Ekonomi akhir dapat digerakkan dengan lebih rancak ekoran kesan perbelanjaan oleh kerajaan.

Selain itu parti parti bertanding akan berusaha memenangi undi dengan menawarkan pelbagai rancangan terutamanya ekonomi untuk kekayaan rakyat.

Mungkin ada yang cuba menipu demi mendapatkan undi. Tetapi rakyat sudah matang mampu menilai kejujuran setiap parti bertanding berdasarkan sejarah PRU14.

Yang paling utama ialah menghantar mesej jelas negara kepada pelabur untuk kembali menanam modal dinegara kita.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Benar kah Pilihanraya menyebabkan beban ekonomi " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares