Tindakan ini ekoran Bank Negara Malaysia mengumumkan kadar baru 2.5% kadar polisi semalaman (Overnight policy rate).

Tujuannya untuk mengawal inflasi dan memperkukuhkan nilai ringgit.

Inflasi ketika ini 4% sudah mula menyesakkan kehidupan terutama B40 dan M40. Kenaikan harga barang ekoran kelemahan ringgit memang telah dijangkakan.

Kesannya kecairan tunai dipasaran akan menurun dan ini tidak bagus untuk perkembangan ekonomi.

Memang kaedah menaikkan kadar Faedah akan menarik pedagang matawang membeli ringgit dan menjual dolar Amerika.

Namun adakah ini mampu memberi kesan berganda kepada pemulihan nilai ringgit?

Pemantauan mendapati pengumuman kenaikan nilai faedah tidak mendapat sambutan segera dari pasaran matawang.

Nilai ringgit masih diniagakan pada kadar 1USD = RM4.50.

Cara lain untuk menyegerakan kesan berganda pemulihan ialah

1. Menetapkan tarikh pilihanraya. Tarikh pilihanraya ialah isyarat positif akan memulihkan keyakinan pelabur.

Merahsiakan tarikh pilihanraya ialah kaedah kuno yang memakan diri sendiri.

2. Pilihanraya ialah mandat baru negara. Rakyat akan memberi mandat baru berdasarkan manifesto yang ditawarkan.

Mandat baru ialah isyarat yang ditunggu tunggu oleh pelabur untuk memasuki pasaran Malaysia.

Kerajaan baru dibentuk semestinya memiliki Pelan ekonomi dan projek baru negara.

Pelabur akan kembali membeli ringgit dan kesan berganda pengukuhan ringgit akan menurunkan inflasi.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " PilihanRaya dan Kenaikan Faedah Bank serta kejatuhan nilai ringgit " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares