Laporan berita melalui pelbagai media hari ini mendedahkan sikap pengamal media terutamanya aliran perdana tidak melaporkan perkara sebenar.

Kes yang melibatkan teguran kepada kerajaan, sistem kehakiman dan penguatkuasaan undang-undang kebiasaannya tidak disiarkan atau dipusingkan fakta sebenar.

Malah penyiar rasmi kerajaan juga melakukan amalan menyekat atau menyembunyikan maklumat sebenar.

Ini didedah sendiri oleh peguam Tan Seri Shafie Abdullah semasa diminta komen tentang Perbicaraan SRC International tempoh hari.

Amat menyedihkan mendapati sikap media yang sepatutnya menyebarkan maklumat kebenaran telah bertukar menjadi agen menyebarkan kepalsuan.

Segala desakan atau rungutan awam akan ditapis dan diubah maksud asal menyebabkan mesej sebenar tidak sampai disasaran.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Sedih apabila media perdana tidak jujur " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares