Beirut 15/9/2022

Krisis kewangan penyusutan nilai matawang pound Lubnan menyebabkan bank bertindak menyekat pendeposit mengeluarkan duit sendiri.


Matawang pound Lebanon susut nilai hilang 95% sejak 2019, inflasi melonjak 170%, gaji tentera $900 tetapi bernilai $50 sahaja akibat kesan susut nilai matawang.

Ini menyebabkan 80% rakyat berada dalam kelas kemiskinan.

Bank-bank Lubnan telah mengenakan sekatan keatas akaun simpanan sejak krisis ekonomi melanda negara tiga tahun lalu.

Ini menyebabkan sebahagian besar penduduk tidak dapat membayar bil untuk keperluan asas.

Dalam satu kejadian, seorang wanita bersenjatakan pistol menahan tebusan untuk memaksa bank BLOM membenarkannya mengeluarkan semua wang dari akaun.


Wanita itu dilaporkan berjaya mendapat semua $13,000 dari akaunnya sendiri. Dia amat memerlukan wang untuk menjelaskan bil rawatan adiknya yang terlantar di hospital kerana kanser.


Sali Hafiz, memberitahu saluran berita tempatan Al Jadeed TV bahawa pistol itu adalah mainan dan dia sangat terdesak memerlukan wang untuk rawatan kanser adiknya.

“Saya sampai ke penghujung jalan,” katanya, berkata rundingan dengan pengurus bank dua hari sebelum tindakan nekad tidak memberikan penyelesaian.

“Saya sampai ke satu tahap di mana saya akan menjual buah pinggang saya supaya adik saya boleh menerima rawatan.”

Sali Hafiz telah ditangkap tetapi kemudian dibebaskan selepas bank bersetuju menggugurkan pertuduhan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Nekad rompak duit sendiri di bank untuk bayar rawatan kanser adik " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares