Kanak-kanak MANGSA DERA DISELAMATKAN Bomba

Ampang 16/9/2022

Bomba selamatkan seorang kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia lapan tahun yang terkurung di dalam bilik dipercayai mangsa dera di sebuah kondominium Jalan Cahaya, Ampang hari ini.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Jeritan meminta tolong dari kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang terperangkap pada belebas tingkap di sebuah kondominium di Taman Cahaya di sini, ketika cuba melarikan diri menarik perhatian orang ramai yang seterusnya bertindak menghubungi pihak Bomba.

Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Thina, 48 berkata, kejadian itu disedari isterinya ketika berjoging di kawasan berkenaan.

“Ketika itu kanak-kanak berkenaan berada di belebas tingkap di tingkat 4 sebuah kondominium.

“Dia menjerit meminta tolong kerana sudah tidak tahan didera oleh seorang wanita di rumah terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, kejadian itu bukan kali pertama, malah pada minggu lalu kanak-kanak itu dibogelkan dan diarah berdiri di balkoni rumah.

Kejadian itu memang kami saksikan, anak-anak saya juga melihat, malah ketika menyelamatkan kanak-kanak itu dia memberitahu sudah tidak tahan dan penat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit selepas menerima laporan dari orang awam pada jam 4.41 petang.

Menurutnya, kanak-kanak terbabit dipercayai dikurung dalam sebuah bilik unit kondominium terbabit sebelum dipercayai cuba melarikan diri dengan keluar daripada tingkap bilik berkenaan sebelum terperangkap di belebas tingkap.

“Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian pada jam 4.48 petang mendapati pintu kediaman terbabit sudah berjaya dipecahkan oleh pengawal keselamatan kondominium terbabit.

“Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu dipercayai mangsa penderaan berdasarkan kesan-kesan birat dan luka pada tangan, lengan, kaki dan belakang badan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, mangsa adalah kanak-kanak lelaki warga tempatan berusia lapan tahun dan ketika kejadian mangsa ditinggalkan berseorangan.

Katanya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

📸 Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia

See also  Videoâś“âś“ Bomba berjaya pujuk lelaki putus cinta cuba Bunuh Diri
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Kanak-kanak MANGSA DERA DISELAMATKAN Bomba " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Polis siasat kejadian dera pukul depan restoran

Our Visitor

362989
Users Today : 1128
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9884
Users Last 30 days : 65339
Users This Month : 52007
Users This Year : 362988
Total Users : 362989
Views Today : 1783
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15360
Views Last 30 days : 100900
Views This Month : 80699
Views This Year : 559765
Total views : 559766
Who's Online : 6
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares