Suami-isteri Bertengkar pasal agihan harta berakhir dengan maut

JERANTUT 16/9/2022 – Seorang pesara Pejabat Perhutanan Jerantut ditemukan maut selepas menembak isterinya fan dan kemudian menembak diri sendiri.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan

Kejadian berlaku selepas tercetusnya pertengkaran berhubung agihan hasil jualan tanah di Kampung Machang Raja Labu.



Ketua Polis Daerah Jerantut, Supt Mazlan Hassan, berkata isteri pesara berusia 67 tahun itu ditemukan oleh jiran yang mendengar dua das tembakan disusuli jeritan meminta tolong dari bahagian belakang dapur rumah pasangan itu sekitar jam 8 pagi.

“Saksi kejadian menyatakan melihat mangsa terbaring kesakitan dan berdarah di pinggang lalu mengejarkan mangsa ke Hospital Jerantut.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia dan siasatan awal mendapati dia mengalami kecederaan di belakang rusuk kiri.

“Suami mangsa berusia 73 tahun pula ditemukan di rumah dalam keadaan terduduk bersama selaras senapang patah dengan kecederaan di leher sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan berkata siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran selepas isterinya, juga seorang pesara Pejabat Perhutanan Jerantut, tidak memberikan agihan hasil jualan tanah kepada suaminya.

Beliau berkata suami wanita itu mempunyai lesen senjata api dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. #sumber

See also  Rakaman Cemas Sebuah kereta tiba tiba muncul melawan arus
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Suami-isteri Bertengkar pasal agihan harta berakhir dengan maut " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Pekerja LRA Bukit Betong maut terkena renjatan elektrik

Our Visitor

363011
Users Today : 1150
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9906
Users Last 30 days : 65361
Users This Month : 52029
Users This Year : 363010
Total Users : 363011
Views Today : 1819
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15396
Views Last 30 days : 100936
Views This Month : 80735
Views This Year : 559801
Total views : 559802
Who's Online : 2
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares