Sabah adalah kawasan yang aktif tektonik terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik iaitu kawasan yang aktif dengan gempa bumi dan mempunyai aktiviti volkano seperti lumpur volkano.

Satu fenomena letusan lumpur gunung api atau biasa disebut Mud Volcanoes telah berlaku di Tabin Wildlife Reserve setinggi 20 kaki pada jam 10 pagi 18/9/2022.



Kawasan barat Sabah terutamanya Sandakan dan Tawau mempunyai volkano dorman atau pendam seperti Bombalai Hill, Gunung Maria etc. dan kawasan volkano lumpur seperti Pulau Tiga dan Lipad.

Valkano di Sabah masih dorman manakala lumpur volkanonya kadang-kadang aktif ‘meletus’ dengan membebaskan gas dan cairan lumpur dan ia adalah perkara yang biasa atau normal. dan ada ketikanya boleh meletus dengan mengeluarkan bunyi yang kuat.

Mudvolcano mempunyai kawasan ‘takungan’ tersendiri pada satu tempat (secara lokaliti) tetapi tidaklah bersambungan atau mempunyai saluran dengan mana-mana kawasan volkano/mudvolkano yang jauh seperti Filipina.

Mudvolcano yang sekali sekala meletus menanda volkano masih aktif dalam kategori dorman.

Mungkin akan meletus pada ribuan atau ratusan tahun nanti bila tekanan dalam kubah magma sesuatu volkano melepasi hadnya.



Dalam video yang ditular, boleh nampak kesan letusan lumpur terdahulu dan limpahan lumpur panas

Omén Necrofis
19.9.2022

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] Fenomena lumpur gunung berapi di Lahad Datu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares