Satu kejadian menyayat hati berlaku Taman Merbau Indah Triang Pahang.
Bantuan segera menyelamatkan anak anjing kebuluran diperlukan hubungi. 0174448516
Lokasi: Taman Merbau Indah, Triang, Pahang
6 ekor anak anjing yang masih menyusu ibu kebuluran dan kesejukan kerana hujan lebat. Ibu anjing berkenaan dilaporkan telah ditangkap oleh pihak Majlis.

Perilaku Majlis tidak berhati perut merupakan penderaan keadaan haiwan yang memerlukan penjagaan.
Bayangkan anak anak orang majlis diperlakukan sebegini apa rasa agaknya.

Sebagai sebuah institusi bertanggungjawab keatas daerah Bera, sewajarnya Majlis Daerah Bera menyediakan satu kawasan pemeliharaan khas untuk haiwan kucing dan anjing berkeliaran.
Tanggungjawab menjaga alam sekitar bukan sahaja menjaga landskap sentiasa kemas dan pokok menghijau malah ianya melibatkan penjagaan keatas haiwan juga.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Majlis tiada hati perut tangkap ibu anjing, biarkan anak-anak kelaparan " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.