Khabarnya Langkawi Rugi RM5.7 Juta akibat Jumlah Pelancong Tempatan menyusut Sepanjang Cuti Hari Malaysia.

Semua kategori perniagaan mesti mengambil pelajaran kadar harga tinggi pastinya menggerunkan pelanggan.

Untuk kaut keuntungan segera tidak lagi sesuai diamalkan kerana pelanggan akan beralih ke lokasi lain yang lebih murah.

Ternyata para pelancong tempatan lebih memilih destinasi negara jiran, apabila dianggarkan 60% penduduk negara ini melancong ke Thailand berbanding lokasi peranginan domestik.

Mengikut pemerhatian Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), destinasi peranginan tersebut kini berdepan penyusutan kedatangan pelancong, khususnya pelancong domestik.


Apabila merundum sehingga 48.9% bagi tempoh cuti sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia minggu lalu.


Perbandingan ini dijalankan mengikut data antara 2019 dan 2022.
Berdasarkan laporan juga, pelancongan Langkawi berdepan kerugian sekitar RM5.7 juta hasil penyusutan pelancong domestik tersebut.


Penurunan kedatangan pelancong secara tidak langsung memberi kesan kepada ekonomi pelancongan setempat.


Tempahan penginapan juga turut mengalami kemerosotan dengan penurunan 45% pada kadar tempahan di perhotelan Langkawi.

Meskipun khuatir akan penyusutan sedemikian, pihak pelancongan Langkawi tidak menolak kemungkinan bahawa penurunan ini didorong atas masalah ekonomi semasa merangkumi isu promosi, pengangkutan feri, tekanan peningkatan kos serta kejatuhan nilai ringgit.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Imej Langkawi menggerunkan pelancongan domestik " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares