Wajib ketahui 11 Khasiat Jintan Manis

Jintan manis ialah antara rempah masakan tertua yang digunakan sehingga kini.

Nama saintifik bagi jintan manis ialah Pimpinella anisum.

Info Sains Teknologi dan Kesihatan



Jintan manis dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai anise atau aniseed.

Rempah atau tumbuhan herba ini berasal dari negara-negara timur Mediterranean dan Timur Tengah.

Perubatan tradisional Iran atau Parsi menggunakan jintan manis untuk untuk merawat migrain, membuang angin dari badan, penyahjangkitan dan diuretik.

Selain itu, jintan manis turut digunakan untuk meningkatkan penghasilan susu badan, merawat masalah haid, masalah penghadaman, epilepsi atau sawan.

Pokok Jintan Manis sedang berbunga



Berikut adalah 11 khasiat jintan manis berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan.


1. Kaya dengan Nutrien Penting
Biji-biji kecil ini mengandungi mineral dan vitamin yang mempunyai banyak manfaatnya untuk kesihatan kita.
Bagi 1 sudu besar (2.1 gram) jintan manis terdapat nutrien-nutrien berikut [1]:
Kalori: 7.1 kcal
Protein: 0.4 gram
Karbohidrat: 1.1 gram
Serat: 0.31 gram
Kalsium: 13.6 miligram
Zat besi: 0.78 miligram
Magnesium: 3.6 miligram
Fosforus: 9.24 miligram
Kalium: 30.3 miligram
Natrium: 0.34 miligram
Zink: 0.11 miligram
Vitamin C: 0.44 miligram
Folat: 0.21 mikrogram
Vitamin A: 0.34 miligram


Selain itu, jintan manis turut mengandungi mineral tembaga, mangan, selenium dan vitamin B.

Rempah ini juga mengandungi sebatian-sebatian seperti estragol, p-anisaldehyde, anise alcohol, acetophenone, pinene and limonene


2. Boleh Mencegah Jangkitan Bakteria dan Kulat
Jintan manis mempunyai keupayaan untuk mencegah jangkitan daripada bakteria dan kulat.
Satu kajian tabung uji menunjukkan ekstrak jintan manis boleh mencegah tumbesaran bakteria penyebab penyakit seperti E.coli, Staphylococcus aureus, Streptococcus pyogenes, dan Klebsiella pneumoniae

Kajian lain turut mendapati ekstrak jintan manis turut menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap bakteria yang menyebabkan penyakit meningitis dan kelemahan sistem imun iaitu Micrococcus luteus dan Mycobacterium smegmatis.

Ekstrak jintan manis juga turut didapati mempunyai sifat antikulat berdasarkan kajian yang dijalankan.

Herba ini boleh mencegah tumbesaran kulat Candida albicans, C. parapsilosis, C. tropicalis, C. pseudotropicalis dan C. krusei.

Ekstrak ini juga turut berupaya mencegah tumbesaran kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit seperti kurap, kaki atlet, kulat pada kuku dan lain-lain.

Minyak pati jintan manis juga turut bersifat antikulat, malah lebih kuat daripada ekstrak air jintan manis.


3. Boleh Membantu Merawat Sembelit
Sembelit ialah masalah penghadaman yang biasa berlaku.

Kajian yang dijalankan terhadap 20 orang pesakit yang mengalami masalah sembelit mendapati teh yang dihasilkan hasil gabungan herba seperti jintan manis, jintan hitam, Sambucus nigra dan Cassia augustifolia menunjukkan kesan laksatif yang boleh mengurangkan sembelit.

Walau bagaimanapun, kajian ini tidak menumpukan secara terperinci mengenai peranan jintan manis terhadap kesan laksatif tersebut.

4. Boleh Melindungi daripada Ulser Perut
Ulser perut atau ulser gastrik ialah luka terbuka pada lapisan perut. Ulser perut berlaku apabila lapisan mukus yang tebal yang melindungi perut daripada asid perut berkurangan.


5. Mengurangkan Simptom Kemurungan
Khasiat jintan manis juga termasuklah mengurangkan simptom kemurungan.
Perubatan tradisional Parsi mempercayai bahawa jintan manis mempunyai kualiti meningkatkan mood dan mengurangkan kemurungan.

Kajian terhadap 120 orang pesakit yang mengalami kemurungan ringan hingga sederhana akibat sindrom usus iritabel menunjukkan minyak jintan manis menambah baik kemurungan yang dialami oleh pesakit-pesakit ini.


6. Bersifat Antiradang dan Analgesik (tahan sakit)
Jintan manis juga mempunyai sifat antiradang dan boleh melegakan kesakitan (analgesik).
Kajian terhadap haiwan mendapati minyak pati jintan manis mempunyai kesan analgesik (melegakan kesakitan) sama seperti morfin dan aspirin.

Selain itu, minyak jintan manis juga turut mempunyai kesan antiradang sepertimana ubat antiradang, indomethacin.

7. Mengurangkan Simptom Menopaus
Hot flashes atau berpeluh malam adalah antara tanda-tanda peralihan menopaus yang menyebabkan rasa tidak selesa dan boleh berpanjangan sehingga bertahun lamanya.

Satu kajian yang melibatkan 72 orang wanita pascamenopaus melaporkan bahawa pengambilan 330mg ekstrak jintan manis 3 kali sehari selama 4 minggu boleh meredakan kesan kilat panas.

8. Mengurangkan Sakit Senggugut


Kajian klinikal yang melibatkan 180 orang pelajar perempuan melaporkan bahawa kumpulan yang mengambil 500mg ekstrak jintan manis 3 kali sehari mengalami pengurangan dari segi tahap kesakitan dan tempoh haid.

Malah, ekstrak jintan manis ini dilihat mampu mengurangkan kesakitan akibat senggugut lebih baik daripada ubat yang digunakan iaitu mefenamic acid.

9. Baik Untuk Pesakit Kencing Manis
Menariknya lagi, khasiat jintan manis ini juga turut bermanfaat kepada pesakit kencing manis atau diabetes jenis 2.

Satu kajian yang membandingkan kesan jintan manis dan ketumbar terhadap pesakit kencing manis mendapati jintan manis boleh menurunkan 36% paras gula darah puasa bagi pesakit ini.

Selain itu, jintan manis membantu mengawal keradangan sel.

10. Boleh Mengurangkan Serangan Sawan
Khasiat jintan manis yang seterusnya ialah boleh membantu mengurangkan serangan sawan atau kejang.



11. Meningkatkan Susu Badan
Perubatan tradisional menggunakan jintan manis untuk menambahkan susu badan bagi ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan susu badan.

See also  12,380 kes baru Covid-19 Dilaporkan pada 3 April 2022
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wajib ketahui 11 Khasiat Jintan Manis " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

See also  Nenas penawar Masalah Gout 

Our Visitor

362991
Users Today : 1130
Users Yesterday : 1961
Users Last 7 days : 9886
Users Last 30 days : 65341
Users This Month : 52009
Users This Year : 362990
Total Users : 362991
Views Today : 1786
Views Yesterday : 3012
Views Last 7 days : 15363
Views Last 30 days : 100903
Views This Month : 80702
Views This Year : 559768
Total views : 559769
Who's Online : 4
Your IP Address : 3.225.221.130
Server Time : 2022-11-26
0Shares