Kunyit adalah bahan utama beberapa masakan masyarakat kita seperti masak lemak, cili api, goreng sambal kunyit dan pulut kuning.

Selain dari itu kunyit diguna sebagai herba kesihatan terutama awet muda kerana kunyit memilik sifat melembapkan kulit dan menyembuh luka luka kecil dengan cepat.

Bahan utama kunyit berwarna kuning dikenali sebagai Curcumin.

Ianya bersifat antioksidan dan anti-radang serta Antibakteria yang kuat.

Kunyit juga diguna dalam aktiviti pertanian untuk mengelak pokok yang dijangkiti fungus.

 

Penemuan baru kaedah pemakanan kunyit bersama lada hitam dapat meningkatkan penyerapan Curcumin kedalam hati sebanyak 200%.

 

Manafaat kunyit

1) Anti radang . Radang dalam salur darah (bengkak) ialah penyebab kepada semua penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung dan kencing manis.

 

Curcumin mempunyai anti oksidan tinggi dan kuat. Ianya merupakan pertahanan badan melindungi DNA, sel-sel, protein dan kandungan fatty asid dalam badan.

 

2. Menuetralkan radikal bebas dan mengaktifkan anti oksidan yang lain.

 

3. Meningkatkan neuron otak

Sangat bagus untuk penyakit Parkinson dan Alzheimer.

4. Anti depresi

5. Anti penuaan kerana ada anti oksidan dan anti radang

 

6. Meredakan masalah sakit Sendi arthritis. Pengambilan kunyit 2-3 gram sehari disarankan untuk pesakit sendi, romatoid atritis dan gout.

 

Cara menggunakan kunyit

 

Bahan Curcumin larut dalam lemak. Maka campurkan kunyit bersama lemak lemak sihat seperti santan, minyak Zaiton, minyak sawit, lemak binatang supaya mendapat kesan optimum.

Masakan masak lemak kunyit adalah satu contoh yang sesuai untuk mendapat manfaat maksimum dsri kunyit.



 

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Rahsia kunyit sebagai penggalak otak dan anti penuaan. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares