Apabila tiba hari alam sekitar atau apa sahaja pelancaran yang berkaitan alam sekitar, maka tentu sekali berlegar di fikiran ramai orang ialah aktiviti menghijaukan kawasan khususnya menanam pokok.



Ini kerana sains mendedahkan rahsia daun hijau menjana oksigen dan menyedut karbon dioksida.

Maka dengan andaian menambahkan bilangan pokok akan mengkayakan udara dengan oksigen dan menurunkan karbon dioksida. Udara lebih baik untuk dihirup oleh manusia.

Pendapat ini dipersetujui ramai tanpa banyak bantahan.

Namun sains masih gagal mencari fakta sebab sebab kewujudan haiwan pro manusia seperti anjing dan kucing.

Haiwan ini lebih popular dijadikan hobi belaan dirumah, menjaga keselamatan harta benda dan membantu operasi pihak berkuasa.



Bagaimana pula dengan haiwan anjing dan kucing yang hidup berkeliaran secara bebas.

Persoalan yang bermain di benak apakah binatang ini penting kepada kehidupan manusia atau sebaliknya.

Dari pemerhatian sikap termasuk pihak kerajaan tempatan dan masyarakat menjurus kepada rumusan haiwan haiwan berkeliaran ini tidak berguna dan menyusahkan kehidupan.Solusi yang diambil amat mudah dengan menangkap dan membunuh.

Apakah mereka ini diciptakan untuk ditangkap,dibunuh dan diseksa oleh manusia?

Apakah najis kucing dan anjing mengancam kesihatan manusia?

Apakah tidak boleh kerajaan khususnya kerajaan tempatan menyediakan tempat khas bagi haiwan berkenaan untuk sama sama berkongsi hidup tanpa kezaliman.

Persoalan sedemikian menunjukkan manusia masih jahil dengan kewujudan haiwan kucing dan anjing dalam persekitaran.

Maka penafsiran kelastarian alam sekitar sewajarnya secara holistik diperluaskan bukan terhad kepada pokok pokok sahaja, tetapi mesti meliputi elemen lain khususnya haiwan anjing dan kucing.

Dengan cara ini, masyarakat akan lebih perihatin untuk sama-sama menjaga kebajikan anjing dan kucing khususnya yang berkeliaran dalam komuniti.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Akibat Penafsiran sempit Kelastarian alam hanya sekadar menanam pokok semata " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares