Yang mengalaminya sahaja faham betapa azabnya masalah kebas-kebas yang membawa bukan sahaja gangguan urusan seharian malahan menyebabkan tidur terganggu dan akhirnya membawa kepada masalah kesihatan yang lain.



Kesan dari penggunaan telefon pintar dan komputer untuk tempoh panjang termasuk hingga lewat malam antara punca terjadinya gangguan saraf yang membawa kepada masalah kebas atau semut-semut.

Gangguan saraf yang tipikal ialah Inflamasi atau bengkak saraf.

KADANGKALA apabila kita berada di kampung, jika perlu makan bersila kita terpaksa mengelak.
Bukan kerana sombong, tetapi sekiranya kita terpaksa duduk lama, kaki kita akan cepat rasa kebas. Betul tak?

Natijahnya, makan pun rasa tak selesa .


Petua berikut menggunakan tiga bahan asas iaitu halba, halia dan serai untuk merawat masalah kebas.

Kaedahnya seperti berikut:

i) Rebus kesemua bahan tersebut sehingga mendidih.


ii) Kemudian, apabila sudah mendidih, angkat dan campurkan dengan sedikit air asam jawa dan kacau sebati.

iii) Amalkan minum air itu setiap malam iaitu sebelum waktu untuk tidur.


Paling disarankan minum air rebusan itu ketika waktu panas atau sedikit suam.

Esok paginya, badan akan jadi lebih segar selepas bangun daripada tidur
.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Azabnya kebas pada kaki, tangan , ini cara rawatannya " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares