Jintan manis bukan sekadar penambah rasa keenakan makanan, malah ia amat terkenal secara tradisional merawat masalah kesihatan seperti:




1. Sembelit dan buasir

Umur meningkat seringkali gangguan kesihatan seperti sembelit dan buasir. Jintan manis sejenis herba berserat tinggi, bertindak seperti ‘julap’ untuk mencuci usus kecil dan usus besar secara sederhana. Herba ‘pelawas’ ini melancarkan proses perkumuhan dan mencuci dinding usus dari toksin, kotoran dan mendapan degil.

Yang bagusnya, ia tidak mengakibatkan cirit-birit.



2. Rawat bengkak sendi, sakit badan dan lenguh2 otot.

Jintan manis mengandungi ‘anethole’, sangat perlu untuk merawat masalah bengkak atau radang pada sendi, tulang dan otot
‘Anethole’ juga diyakini dapat mengurangkan risiko keberulangan (recurrennce) penyakit kanser.


3. Diuretik Jintan manis bersifat diuretik, bermakna ia dapat membantu sistem buah pinggang mengeluarkan air berlebihan di dalam badan.

4. Menambah kuantiti dan kualiti susu ibu

Jintan manis merangsang pengeluaran susu ibu (lactation) dan memberi kesan yang sama pada tubuh sepertimana tugas estrogen. Ia juga boleh merawat masalah kesakitan pra-haid & menopos, masalah rendah-libido dan ketegangan saraf.


5. Penenang dan insomnia

Dengan meminum secawan teh jntan manis waktu malam, ia dapat menenangkan saraf dan membuatkan anda lebih mudah tidur malam.

6. Merawat gejala pra-haid, pra-menopos dan rendah libido Jintan manis dapat mengatasi masalah kesakitan dan kekejangan saraf pra-haid, mengurangkan simptom-simptom pra-menopos dan menggalakkan daya keinginan seksual secara semulajadi.

7. Suhu Badan, mata, tekak

Jintan manis fiber tinggi menjadikan perut lambat rasa lapar, menyegarkan nafas, menurunkan panas badan, merawat jangkitan mata, meredakan sakit tekak, memulih batuk dan membuang kahak.


Cara pengambilan

1 sudu makqn jintan manis 1cawan air panas( betul-betul panas ye ) Rendam 30 minit bertutup…minum suam 2-3 kali sehari.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Jintan Manis mujarab angin badan dan sembelit buasir " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares