Tanggal 10/10/2022 Parlimen Malaysia telah dibubar untuk memberi laluan kepada rakyat memilih saf kepimpinan baru.

Harapan utama rakyat terutama golongan muda ialah pemulihan kadar pengangguran yang dianggarkan berjumlah sekitar 600,000 masih tiada pekerjaan sejak PRU 14 yang lalu.

Sibuk mempertikaikan pilihanraya musim banjir sedangkan rakyat memerlukan pembelaan segera terutama masalah harga barang dan pengangguran.

6 negeri dibawah kerajaan Pakatan Harapan dan PAS mengambil keputusan untuk tidak membubar DUN diatas alasan banjir.



Katanya tidak mahu menyusahkan rakyat keluar mengundi. Gambaran yang diberikan seolah olah seluruh bumi Malaysia ini ditenggelami air banjir.

Sedangkan hakikatnya banjir dijangka pada penghujung November 2022 dan pilihan raya diadakan sekitar minggu pertama November 2022.

Begitu takut membubarkan DUN memberi isyarat bimbang kehilangan kuasa dan tidak menghormati kehendak rakyat.

Lagipun pilihan raya dikawasan banjir boleh ditangguh dan diadakan sebaik banjir reda.

Riak saling curiga mula dikesan apabila PAS mahu menggunakan logo sendiri dan bukan logo Perikatan Nasional dalam PRU 15 ini. Ini menunjukkan PAS tidak lagi berkeyakinan dengan prestasi Perikatan Nasional.



Perebutan menjadi Perdana Menteri merupakan puncak perjuangan gabungan hibrid Pakatan Harapan ini.

Masing-masing akan bertarung menentukan siapakah Perdana Menteri dari pakatan harapan hibrid ini.

Mahathir antara yang gelisah dan tidak akan sesekali membiarkan Anwar dengan mudah menjadi Perdana Menteri.

Muhyiddin seperti biasa menunggu peluang terbuka untuk merebut peluang terhidang apabila pertempuran Mahathir-Anwar mencapai kemuncaknya.

Anwar, Mahathir, Muhyiddin antara gergasi yang dikatakan akan mengulangi peristiwa SHERATON 2019 yang akhirnya memusnahkan kerajaan Pakatan Harapan hanya dalam tempoh 22 bulan selepas berkuasa.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " PRU15-PAS tak percaya logo PN dan Pertarungan rebut jawatan Perdana Menteri gabungan PH Hibrid " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares