Biji ketumbar adalah herba berperisa yang banyak digunakan dalam masakan.



Selain menjadi penambah rasa, biji ketumbar ini turut menyimpan 1001 khasiat yang berguna untuk kesihatan mereka yang memakannya.

Kajian-kajian moden telah mengkaji khasiat biji ketumbar yang bermanfaat untuk pelbagai aspek kesihatan.

Ketumbar adalah tumbuhan herba daripada keluarga yang sama dengan saderi, parsley atau lobak.
Secara saintifiknya, ketumbar dikenali dengan nama Coriandrum sativum.

Tumbuhan ini berasal dari kawasan Mediterranean tetapi banyak ditanam di Afrika Utara, Eropah Tengah dan Asia.

Di Malaysia, biji ketumbar biasanya digunakan sebagai penambah rasa dalam masakan. Manakala, daun ketumbar digunakan dalam masakan seperti tom yam.

Mengikut kajian, herba ketumbar digunakan oleh manusia sejak 3000 tahun dahulu untuk tujuan masakan dan perubatan.

Perubatan tradisional menggunakan biji ketumbar untuk merawat pelbagai masalah kesihatan seperti ketidakhadaman, loya, sakit mata, sakit kepala, menghilangkan bau mulut, mengubat batuk, muntah-muntah, bronkitis, cirit-birit, demam dan gout.

Kajian moden telah mengenalpasti perkara berikut tentang ketumbar.

1. Mengandungi Antioksidan
Antioksidan ialah sebatian yang penting bagi melindungi sel-sel badan daripada kerosakan akibat daripada serangan radikal bebas.

Sekiranya radikal bebas ini tidak dibendung, ia akan menyebabkan berlakunya tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif ini akan menyebabkan keradangan kronik yang seterusnya membawa kepada penyakit-penyakit kronik seperti kanser, penyakit jantung, diabetes, arthritis, gout, darah tinggi, obesiti dan lain-lain.

Sebatian aktif dalam biji ketumbar seperti polifenol, tocopherol, kuersetin, kaempferol dan terpinena memainkan peranan penting terhadap aktiviti-aktiviti antioksidan herba ini.


2. Boleh Membantu Merendah Paras Gula Darah
Bahan aktif polifenol merendahkan paras gula darah mereka yang memakannya.
Paras gula darah yang tinggi menjadi salah satu faktor risiko kepada penyakit kencing manis (diabetes jenis 2).




3. Ketumbar meredakan keradangan dalam badan yang seterusnya dapat merendahkan paras kolesterol.
Kolesterol meningkat kerana banyak keradangan. Dengan mengawal keradangan tahap kolesterol akan menurun.

6. Kajian juga mendapati masyarakat yang mengamalkan diet yang mengandungi herba seperti biji ketumbar menunjukkan kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding diet tanpa rempah dan herba.

7. Ketumbar banyak digunakan untuk merawat masalah usus seperti buasir, sembelit, gerd, kebocoran usus, kembung dan lain-lain berkaitan.


5. Kajian menunjukkan bahawa biji ketumbar menunjukkan kesan antibakteria terhadap bakteria jenis S. aureus, A. baumannii, E. aerogenes, K. penumoniae dan P. mirabilis.
Bakteria-bakteria ini adalah bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan saluran kencing, keracunan makanan dan pelbagai jangkitan lain.

6. Sifat antioksidan dan antiradang biji ketumbar juga menyumbangkan pemulihan rawatan kanser.

Kajian makmal mendapati ekstrak biji ketumbar didapati boleh merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser gastrik, kanser prostat, kanser usus, kanser payudara dan kanser paru-paru.

Antara cara menggunakan biji ketumbar ialah dengan mencampurkan sesudu kedalam minuman air suam dan kopi tanpa gula.

Pengambilan yang disyorkan sebanyak 3 kali sehari untuk tujuan rawatan penyakit sehingga merasakan pemulihan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Biji Ketumbar rawat buasir, sembelit, darah tinggi " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares