“Pakatan HARAPAN 2.0” yang terdiri dari PH,GTA,PN awal awal lagi membantah keras pembubaran parlimen dengan alasan menyusahkan rakyat kerana pilihanraya musim banjir.

Malangnya mereka terus menerus menyerang dan berkempen Barisan Nasional seolah-olah bersetuju dengan PRU15 dimusim banjir.

Sebahagian parti telah bergerak cergas berkempen sejak Julai 2022 lagi.

Secara ringkasnya ucapan Presiden Barisan Nasional Dato’ Seri Zahid Hamidi semasa perjumpaan bersama pimpinan MIC mengingatkan bahawa amalan pendakwaan jahat (malicious prosecution) memang wujud dan telah berlaku keatas Pemimpin UMNO sebaik Pakatan Harapan memenangi PRU-14.

Keadaan sedemikian dibuktikan dengan pendedahan buku Tommy Thomas bekas peguam negara lantikan Pakatan Harapan.



Tommy Thomas menceritakan campur tangan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri menggunakan aset aset perundangan secara jahat untuk mengenakan Pemimpin UMNO.

Dato’Seri Zahid sebagai presiden UMNO diminta oleh Perdana Menteri Pakatan Harapan untuk membubarkan UMNO.

Pendakwaan Berniat jahat

Permintaan berkenaan tidak dilayan dan sebagai balasannya sejumlah 87 pertuduhan jahat dikenakan keatas Presiden UMNO semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Begitu juga tindakan pendakwaan jahat keatas Bekas Presiden UMNO dan Isteri serta beberapa pimpinan lain.

Dalam ucapan berkenaan Presiden Zahid mengingatkan setiap pimpinan didalam Barisan Nasional supaya bersiap sedia menghadapi pendakwaan jahat sekiranya PRU-15 dimenangi oleh Pakatan Harapan 2.0



Sejarah sudah membuktikan Pakatan Harapan mengamalkan pendakwaan jahat untuk mengekang kemaraan pengaruh musuh politik mereka.

PENIPUAN PAKATAN HARAPAN PRU 14
1. Hapus tol = tipu
2. Hapus ptptn = tipu
3. Hapus AES = tipu
4. GST 6% jadi SST 16%
5. Minyak Rm1.50 = tipu
6. Kurangkan kos hidup = tipu
7. Turun harga barang = tipu
8. Turun harga kereta = tipu
9. Hapus hutang peneroka Felda = tipu
10. Tiada lantikan politik dalam GLC dan sektor awam = tipu.
11. Pendidikan percuma = tipu
12. Tiada lantikan politik jadi duta = tipu
13. Harga telur naik
14. Tutup Lynas = tipu
15. Lantikan Pesuruhjaya SPRM oleh parlimen = tipu
16. Pisahkan Pejabat Pendakwaraya
drp Pejabat Peguam Negara = tipu
17. BRIM orang bujang diturun drp RM450 kpd RM100
18. 1 juta peluang pekerjaan = tipu
19. Gaji minimun RM1500 = tipu
20. Beri Rm150 pada semua warga emas = Tipu
21. Siaran percuma bola sepak liga perdana inggeris = tipu
22. 1 juta rumah mampu milik = tipu
23. Beri Rm500 pada anak muda yang berkahwin = tipu
24. Menambah 10 ribu bas ke seluruh negara = tipu
25. Batal caj renew lesen motor = tipu
26. 200 ribu peluang kerja di sabah & Sarawak = tipu

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Jentera PH2.0 tolak PRU-15 tetapi serang ucapan Presiden Zahid " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares