11 individu termasuk sepasang suami isteri yang ditahan berikut kes penculikan seorang warga Palestin sudahpun didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu, atas pertuduhan menculik seorang lelaki warga Palestin bagi tujuan mendapatkan maklumat berkaitan perisian untuk menggodam telefon bimbit.

“Polis Diraja Malaysia masih meneruskan siasatan dan menunggu proses sebutan semula kes pada 15 Disember depan.”

Mereka terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita :
– Edy Ko’im Said, 40
– Mohamad Norakmal Hassan, 41
– Dody Junaidi, 42
– Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 39
– Mohamad Naziree Mustapha, 39
– Faizull Hardey Mohd Isa, 40
– Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 25
– Mohamad Sufian Saly, 23
– Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 21
– Nidarahayu Zainal, 34
– Raibafie Amdan, 39.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa dengan secara niat bersama telah menahan Omar Z.M Albelbaisy Raeda, 31, dengan cara tidak berpatutan untuk mendapatkan ganjaran iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit.

5 Oktober lalu, media melaporkan seorang lelaki warga Palestin yang diculik menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berjaya diselamatkan dalam kejadian pada 28 September lalu.

Mereka dipercayai anggota terlatih agen perisikan Israel (MOSSAD) berpengkalan di Malaysia.

Insiden terbaru itu mengingatkan serangan 2018 ke atas seorang aktivis Palestin terkenal, Fadi al-Batsh, yang ditembak mati di Kuala Lumpur oleh dua penyerang yang dipercayai agen Mossad.

Israel dilaporkan kerap melakukan operasi ketenteraan rahsia terhadap rakyat Palestin di luar negara. Dan kini melibatkan orang Melayu penyokong Pakatan Harapan. 

Daripada gambar-gambar di media sosial jelas sokongannya kepada Pakatan Harapan sejak PRU 14.

Sering keluar negara menginap di kondo mewah. Bercuti ataupun berkursus. Malah setiap tahun ke Milan Itali ditaja oleh pihak tertentu.

Milan Itali setiap tahun perkara biasa. Siapa penaja?

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ketua Mossad Malaysia antara 11 dicekup PDRM " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares