Untuk penjimatan eletrik set suhu pada DRY mod agar humiditi bilik antara 50-60%.


Pada alat kawalan, set suhu pada 26’C dan masih mendapat 24.3’C dengan 47% humidity. Kebiasaan humiditi dibilik saya ialah 70%. Humiditi yang sesuai, segar dan menyehatkan di Malaysia ialah antara 50-60%.



Ini bermakna hawa dingin saya berfungsi dengan baik dan bersesuaian dengan saiz bilik. Suhu paling sesuai ialah 24’C atau 25’C untuk tidur malam.

Jika suhu diset pada 16’C pun, suhu terendah yang boleh dicapai mungkin 19’C sahaja tetapi compressor bekerja non-stop, yang menyebabkan bil letrik melambung tinggi.

Untuk penjimatan, gunakan DRY mod (tanda air bukan tanda snow) dengan suhu 24’c atau 25’C.

Jika tak selesa juga, laraskan set suhu 22’C COOL kemudian tukar mode pada DRY.

DRY mod akan memberikan penjimatan sekitar 50% dari COOL mode kerana compressor kurang bekerja.

Untuk makluman, kos letrik Hawa dingin rumah bergantung kepada saiz seperti berikut:

1hp (900w) – 20sen sejam.
1.5hp (1.2kw) – 30sen sejam
2hp (1.9kw) – 40sen sejam.
2.5hp (2kw) – 50 sen sejam


kredit : Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Cara penjimatan bil eletrik penghawa dingin " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares