Adakah anda penggemar tegar susu pekat manis? Sekiranya ya, fikirkan semula. Tahukah anda bahawa susu pekat manis atau krimer manis bukanlah susu tetapi mengandungi gula yang tinggi. Kandungan gula di dalam satu tin pekat manis boleh mencapai 45% , manakala kandungan susu hanyalah 10% selebihnya adalah bahan-bahan lain dan minyak sahaja.


Kebanyakan rakyat Malaysia gemar mengambil susu pekat manis dalam minuman kegemaran mereka seperti teh tarik dan kopi setiap hari. Penggunaan gula yang dicadangkan sehari adalah sebanyak 10 teh gula sahaja termasuk minuman dan makanan yang diambil, maka penggunaan susu pekat manis menjadi penyumbang utama kepada penggunaan gula tambahan yang berlebihan dan meningkatkan risiko penyakit diabetes.

Jadi, buatlah pilihan yang bijak. Gunakan susu segar atau susu tepung dalam minuman kegemaran anda. Susu segar bukan sahaja mengandungi kalsium dan nutrisi yang diperlukan untuk kekuatan gigi dan tulang, tetapi juga membantu mengawal tekanan darah, mencantikkan kulit dan rambut, dan membantu meningkatkan imuniti badan. Pilihan di tangan anda.

@PetuaDankesihatan
#kurangkangula
#infopemakanansihat

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Gula oh Gula Jaga diri dari menjadi mangsa diabetes " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares