Rasanya sudah ada jawapan kenapa 70% lepasan SPM tidak mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau ijazah.

Punca utamanya ialah hutang PTPTN.

Setelah menamatkan pengajian setiap graduan dibebankan dengan hutang sekitar RM6,000 hingga RM150,000 mengikut kursus yang diambil.

Dengan gaji ciput cara majikan Malaysia seorang lulusan diploma bergaji RM1,500.00 sebulan hanya mampu menyimpan sekitar RM20 sebulan untuk keperluan kecemasan.

Impian simpanan untuk membeli rumah tidak mungkin dapat direalisasikan.

Ditambahkan lagi bayaran bebanan membayar balik PTPTN. Walaupun di beri pelbagai insentif tetapi untuk yang berduit sangat dialu-alukan.

Bagaimana untuk yang tidak berduit? Bagi berguni insentif pun tidak memberi sebarang manfaat kepada golongan ini.

Yang gagal membayar hutang PTPTN pasti akan diheret ke undang-undang muflis pula. Sudah ramai kena muflis akibat dari hutang PTPTN ini.

Keadaan ini pastinya menggerunkan Lepasan SPM terutama B40 walaupun bercita-cita untuk ke Universiti.

Kepimpinan negara tak sewajarnya kaku dan pasif seperti muflis idea untuk menangani masalah PTPTN ini khususnya melibatkan B40.

Jika hutang Felcra RM 233.8 juta dijanjikan untuk dihapuskira jika Barisan Nasional diberi kepercayaan mandat PRU-15, apalah salahnya merancang memberi PTPTN percuma pula.

PTPTN percuma terutama B40 sesuatu yang sangat mendesak sekarang. Kasihan mereka ini sudah lah keluarga tidak berpendapatan kukuh, dibebani hutang PTPTN pula. Berfikir dengan otak dan hati perut juga.

Sebabnya dalam perut ada otak ke-2 yang menjadi gandingan kepada otak utama. Bahasa perubatan menyebut dengan istilah. ” second brain”

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Hutang PTPTN Risiko Muflis Punca ramai lepasan SPM tidak sanggup ke Universiti " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares