3 Tanda Mudah Kesan Gelang Piston Sudah Haus

GELANG piston (piston ring) adalah salah satu komponen enjin yang tidak akan cepat rosak atau haus. Tetapi jika rosak, prestasi kenderaan boleh merosot dan menyebabkan pencemaran udara. Kehausan gelang piston berlaku apabila bahagian tepi menghakis.

Hakisan tersebut akan mengecilkan diameter gelang hingga celahan silinder semakin melebar. Bagaimanakah mahu mengetahui tanda-tanda yang gelang piston kenderaan anda bermasalah?

1. MINYAK ENJIN CEPAT KURANG

Gelang piston antara celahan piston dan blok silinder sepatutnya rapat supaya minyak enjin dari takungan minyak tidak mengalir masuk ke kebuk pembakaran. Tetapi jika gelang piston haus, minyak enjin akan lebih mudah memasuki ruang pembakaran ketika piston sedang bergerak naik-turun.

Pergerakan itu boleh menyebabkan minyak dalam tangki bergejolak hingga membuatkan ia naik ke kebuk pembakaran bakar kerana celahan gelang yang membesar. Kesannya minyak enjin akan turut terbakar hingga kuantiti bahan pelincir itu berkurangan.

BACA >>> #TahukahAnda: Mana Lebih Elok, Isi Minyak Penuh atau Sikit-Sikit?

2. EKZOS KELUAR ASAP PUTIH

Asap putih yang keluar berpunca daripada minyak enjin yang terbakar dalam kebuk pembakaran. Ini ada kaitan dengan simptom pertama di atas.

Jadi jika anda nampak ada asap putih nipis (agak kebiruan) keluar dari ekzos apabila enjin dihidupkan, cuba periksa kuantiti minyak enjin. Jika minyak berkurangan, periksalah kehausan gelang piston kereta anda.

BACA >>> #ApaNakBuat: Kenapa Cermin Tingkap Kuasa Susah Naik-Turun? Periksa 3 Perkara Ini

3. BUNYI ENJIN KASAR

Bunyi enjin sepatutnya menderum halus. Tetapi jika ada kebocoran mampatan, bunyi enjin akan bertukar kasar yang kurang sedap didengar. Jadi segeralah periksa gelang piston kereta anda. Ingat, jika muncul tiga tanda ini, buatlah pemeriksaan segera supaya situasi tidak jadi lebih teruk

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " #TahukahAnda: 3 Tanda Mudah Kesan Gelang Piston Sudah Haus " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By mrzahz

0Shares