Untuk julung kalinya PRU-15 ini melibatkan pengundi berusia 18-20 tahun.

Amaran jangan pandang rendah pengaruh perang saraf



Jentera kempen parti bertungkus lumus menggunakan pelbagai teknik teknologi khususnya platfom media sosial.

Dari Facebook, Twitter dan Tiktok menyiarkan kempen masing-masing.

Paling menarik perhatian selain kempen video video pendek ialah teknik pengundian dalam talian.

Benar teknik ini bukan ukuran sebenar keputusan PRU tetapi ianya senjata perang saraf untuk menguasai minda terutama pengundi muda berusia 18-40 tahun.

Satu undian sedang berlangsung di

https://smartpolls.co.uk/p/6016/


untuk mendapatkan gambaran jentera kempen parti mana yang lebih bersemangat menguasai permainan persepsi ini.



Pengundian dilakukan secara terbuka dan boleh diulangi oleh pengundi yang sama tanpa had.

Pengundian sebegini boleh dilakukan menggunakan aplikasi robot mudah seperti clickmate dan autoclicker.

Sejarah dalam kempen PRU-14 Jentera Pakatan Harapan yang dikenali sebagai RedBean Army beroperasi di bilik hotel disewa dengan dibekalkan sejumlah telefon pintar.

Kerja mereka menjalankan perang saraf atau perang psikologi menggunakan teknik undian dalam talian.

Yang mengundi ialah robot yang mampu membuat undian ribuan undian seminit.

Hasilnya dicetak skrin dan ditular dalam media sosial.

Pengundi akan bertambah yakin dengan hasil undian disamping kempen janji dan sebagainya.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Bahang kempen PRU-15 masuk fasa perang saraf untuk menguasai minda pengundi muda " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares