Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah sebuah organisasi yang berfungsi dan bertanggungjawab untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Di Malaysia terdapat tiga cabang utama dalam Organisasi ATM iaitu Tentera Darat (TDM), Tentera Laut (TLDM) dan Tentera Udara (TUDM).

Ketiga-tiga cabang dalam Organisasi ATM diketuai oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT).

PAT ini berpangkat Jeneral (TDM), Laksamana (TLDM) dan Jeneral (TUDM).

PAT mentadbir ATM dengan dibantu oleh Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP) iaitu :

Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan – Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP)


Ketua Staf Markas ATM – Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM)


Panglima Angkatan Bersama – Markas Angkatan Bersama (MK AB)


Panglima Tentera Darat (Pangkat – Jeneral) – Markas Tentera Darat (MK TD)


Panglima Tentera Laut (Pangkat – Laksamana) – Markas Tentera Laut (MK TL)


Panglima Tentera Udara (Pangkat – Jeneral) – Markas Tentera Udara (MK TU)


Manakala Pemerintah Tertinggi bagi ATM pula disandang oleh Yang Di Pertuan Agung dengan Pangkat Fil Marsyal (TDM), Laksamana Armada (TLDM) dan Marsyal (TUDM).

KOLONEL YANG DIPERTUA


Selain dari itu Jawatan Kolonel Yang Dipertua dalam sesuatu Rejimen ataupun Kor ATM juga diwujudkan dan disandang oleh Raja-Raja Melayu.

Kolonel Yang Dipertua adalah satu tugas khusus keatas semua rejimen atau kor dalam ATM yang telah mendapat panji panji diraja termasuk TLDM dan TUDM.


Berikut adalah senarai Kolonel Yang Dipertua di Malaysia:


Tentera Darat Malaysia

1. Tempur

1.1) Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja – Sultan Kedah

1.2) Kolonel Yang Dipertua Rejimen Renjer Diraja – Raja Perlis

1.3) Kolonel Yang Dipertua Kor Armor Diraja – Sultan Terengganu

1.4) Kolonel Yang Dipertua Grup Gerak Khas – Sultan Johor (Kolonel Komandan)

2. Bantuan Tempur

2.1) Kolonel Yang Dipertua Rejimen Artileri Diraja – Sultan Kelantan

2.2) Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Jurutera Diraja – Sultan Perak


2.3) Kolonel Yang Dipertua Rejimen Semboyan Diraja – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan


2.4) Kolonel Yang Dipertua Kor Polis Tentera Diraja – Raja Perlis

3. Pasukan Bantuan

3.1) Kolonel Yang Dipertua Kor Perkhidmatan Diraja – Sultan Kedah

3.2) Kolonel Yang Dipertua Kor Ordnans Diraja – Sultan Terengganu

3.3 Kolonel Yang Dipertua Kor Jurutera Letrik dan Jentera DiRaja – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja – Sultan Perak

4. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

4.1) Kolonel Yang Dipertua Tentera Udara Diraja Malaysia – Sultan Pahang

(mantan Komodor Udara Kehormat sehingga tahun 1970)

5. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)


Kolonel Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia – Sultan Selangor (Kapten Yang DiPertua)

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Pangkat Dalam Organisasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares