Umumnya, tomato mengandungi sejenis antioksida yang dikenali sebagai lycopene.

Kandungan lycopene di dalam tomato yang telah melalui proses masakan adalah lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding memakannya dalam keadaan mentah.
Kajian juga mendapati bahawa tomato yang dimasak selama 30 minit mempunyai kandungan lycopene dua kali ganda lebih tinggi berbanding tomato mentah.
Lycopene kebiasaanya memberikan pigmen warna kepada buah atau sayur yang berwarna merah.
Bukan itu sahaja, antioksida ini juga mempunyai beberapa manfaat yang baik ke atas kesihatan seperti:
🍅 Mengurangkan risiko penyakit kanser
🍅 Mengurangkan risiko penyakit jantung
🍅 Melindungi daripada kerosakan sel
🍅 Mencantikkan dan memulihkan sel kulit
Semoga bermanfaat!
@PetuaDankesihatan
#lycopene
#jommakanbuahsayur
#infopemakanansihat
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " TOMATO YANG DIMASAK LEBIH BAIK UNTUK DIMAKAN? " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.