Rakyat memilih pemimpin diera demokrasi ini sangat berkaitan dengan tajuk diatas.

Ringkasnya bagaimana sikap rakyat begitulah pemimpin yang akan memimpin sesebuah masyarakat.

Jika rakyat amnya jenis kurang ajar tidak ada kesopanan, mereka akan diberi pemimpin jenis itu juga.

Jika rakyat berkehendak kepada pemimpin yang berakhlak baik, maka rakyat mesti berubah kepada akhlak yang baik.

Perkara ini telah berada dalam hukum ketetapan Allah disebut oleh Allah dalam Surah Al-Anaam, Ayat 129:
وَكَذَٰلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian dari orang-orang yang zalim itu kawan rapat dengan sebahagian yang lain, disebabkan apa yang mereka telah usahakan (dari perbuatan-perbuatan kufur dan maksiat itu).

Dalam suasana demokrasi, sekiranya sesebuah masyarakat didominasi oleh kelompok jahat tentu sekali akan memilih pemimpin dari kalangan mereka.

Kefahaman bahawa Nakhoda menentukan hala anak buahnya adalah tidak menyeluruh dan membelakangi dalil yang sahih dari Al-Quran.

Al-Quran memperkukuhkan penerangan dalam doa memohon pemimpin yang baik :

Surah Aal-e-Imran, ayat 26:
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَن تَشَاءُ وَتَنزِعُ الْمُلْكَ مِمَّن تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Penerangan Ustaz Badlishah



Penerangan hakikat pemimpin cerminan rakyatnya perlu diperluaskan dalam media massa.

Ibnu Qayyim Al Jauziyah rahimahullah mengatakan,
وتأمل حكمته تعالى في ان جعل ملوك العباد وأمراءهم وولاتهم من جنس اعمالهم بل كأن أعمالهم ظهرت في صور ولاتهم وملوكهم فإن ساتقاموا استقامت ملوكهم وإن عدلوا عدلت عليهم وإن جاروا جارت ملوكهم وولاتهم وإن ظهر فيهم المكر والخديعة فولاتهم كذلك وإن منعوا حقوق الله لديهم وبخلوا بها منعت ملوكهم وولاتهم ما لهم عندهم من الحق ونحلوا بها عليهم وإن اخذوا ممن يستضعفونه مالا يستحقونه في معاملتهم اخذت منهم الملوك مالا يستحقونه وضربت عليهم المكوس والوظائف وكلما يستخرجونه من الضعيف يستخرجه الملوك منهم بالقوة فعمالهم ظهرت في صور اعمالهم وليس في الحكمة الالهية ان يولى على الاشرار الفجار الا من يكون من جنسهم ولما كان الصدر



“Sesungguhnya di antara hikmah Allah Ta’ala dalam keputusan-Nya memilih para raja, pemimpin dan pelindung umat manusia adalah sama dengan amalan rakyatnya bahkan perbuatan rakyat seakan-akan adalah cerminan dari pemimpin dan penguasa mereka. Jika rakyat lurus, maka akan lurus juga penguasa mereka. Jika rakyat adil, maka akan adil pula penguasa mereka. Namun, jika rakyat berbuat zalim dan jahat, maka penguasa mereka akan ikut berbuat zalim dan jahat juga.


Jika berleluasa tindakan penipuan rasuah, salahguna Kuasa di tengah-tengah masyarakat rakyat, maka demikian pula hal ini akan terjadi pada pemimpin mereka.

Jika rakyat menolak hak-hak Allah dan enggan memenuhinya, maka para pemimpin juga sentiasa mencari alasan untuk tidak melaksanakan hak rakyatnya.

Jika dalam muamalah rakyat mengambil sesuatu dari orang-orang lemah, maka pemimpin mereka akan mengambil hak yang bukan haknya dari rakyatnya serta akan membebani mereka dengan tugas yang berat.


Dengan demikian setiap amal perbuatan rakyat akan tercermin pada amalan penguasa mereka.

Ringkasnya seorang pemimpin yang jahat dan keji hanyalah diangkat oleh rakyat jahat yang mendominasi masyarakat.

Ketika era awal Islam (3 kurun pertama) merupakan era terbaik, maka demikian pula pemimpin pada saat itu.

Selepas 3 kurun terbaik Islam, rakyat mulai rosak, maka pemimpin mereka juga akan ikut rosak.

Pemimpin seperti Mu’awiyah, Umar bin Abdul Azis, apalagi dipimpin oleh Abu Bakar dan Umar, didapati rakyat nya berakhlak bagus menunaikan hak Allah.

Oleh kerana itu, untuk mengubah keadaan kaum muslimin menjadi lebih baik, maka hendaklah setiap orang membetulkaan dan mengubah dirinya sendiri, keluarganya bukan mengubah penguasa yang ada.

Hendaklah setiap orang mengubah dirinya yaitu dengan mengubah aqidah, ibadah, akhlaq dan muamalahnya.

Perhatikanlah firman Allah Ta’ala,
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” (QS. Ar Ra’du [13] : 11)


Saatnya penilaian diri, tidak perlu rakyat selalu menyalahkan pemimpin atau presidennya.

Semuanya itu bermula dari kesalahan rakyat itu sendiri. Jika mereka suka rasuah, begitulah keadaan pemimpin mereka.

Jika mereka suka “suap”, maka demikian pula keadaan pemimpinnya.

Jika mereka suka akan maksiat, demikianlah yang ada pada pemimpin mereka.

Jika setiap rakyat memikirkan hal ini, maka tentu mereka tidak sibuk membuka aib penguasa di tempat umum.

Mereka malah akan sibuk memikirkan nasib mereka sendiri, merenungkan betapa banyak kesalahan dan dosa yang mereka perbuat.

Sumber:
Disusun di Panggang-GK, 6 Syawal 1431 H (15 September 2010)
Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Bab pening lalat Perangai Pemimpin adalah cerminan kepada rakyatnya " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares