Syarikat suka cukai SST kerana boleh tipu cukai dengan mudah.

Asas yang wajib diketahui bahawa Cukai SST hanya keatas pengilang.

Untuk lari dari membayar cukai mahal, Pengilang kasut contohnya menjual kasut kepada anak syarikat sendiri dengan harga RM20 sepasang.

Harga sebenar jualan sepatutnya RM100.

Cukai yang dikenakan 10% keatas RM20. Jadi pengilang hanya bayar cukai RM2 berbanding cukai sebenar sepatutnya RM20.00.

Anak syarikat pula jual kasut dengan harga sebenar RM 100 tanpa perlu bayar cukai kepada kerajaan.

Kerajaan bukan bodoh untuk diperbodohkan

GST ialah cukai pelbagai peringkat dengan syarat pengecualian kepada bahan mentah keperluan asas khususnya makanan golongan B40 seperti beras, sayur, minyak, ayam dan ikan.

Contohnya kilang kasut dikenakan 6% cukai GST keatas setiap pasang kasut yang dijual walaupun kepada anak syarikat sendiri. Katakan cukai GST berjumlah RM6.00

Setiap peringkat pengedaran akan berlaku proses bayar cukai dan tuntut cukai.

Apabila kilang jual kepada pengedar A, kilang kenakan cukai GST 6% iaitu RM6. Cukai 6% bukan dari harga jualan pengedar tetapi RM6 sahaja iaitu jumlah asal yang dikenakan keatas pengilang.

Bahagian ini yang sengaja dikelirukan terutama golongan anti GST. Kononnya berlaku gandaan cukai menyebabkan harga mahal.

Sebenarnya tidak begitu. Cukai GST 6% nilainya berdasarkan harga asal pengilang iaitu dalam contoh ini hanyalah RM6.

Dan nilai cukai RM6 ini akan dibayar oleh pembeli atau pengguna.

Dengan cara ini GST akan secara tidak langsung mengawal aktiviti pengambilan untung berlebihan kerana pengguna akhir tahu harga kilang sebenar barang yang mereka beli.

Seterusnya GST mengawal inflasi dan mengurangkan sikap rakus peniaga.



Pengedar A pula jual kepada peruncit B dengan cukai 6% iaitu RM6.



Peruncit B menjual kepada pelanggan dengan jumlah cukai GST 6% yang dikenakan oleh pengilang iaitu RM6 sahaja.

PELARASAN SEMULA SISTEM GST

Sebenarnya mekanisma asal GST perlu diperbetulkan. Memang ada peningkatan cukai dari cukai asal setelah sampai kepada pengguna akhir.

Jumlah asal cukai GST ialah RM 1.20. tetapi apabila tiba dipengguna akhir telah meningkat kepada RM3.00. Ada peningkatan RM1.80

Sewajarnya Pembeli akhir hanya perlu membayar RM1.20 sen sahaja dan bukan RM1.80.

Kesilapan ini memberi ruang besar pihak anti-gst menghentam perlaksanaan GST.

Pelarasan semula sistem GST mesti dilakukan untuk mengelak berlaku cukai keatas cukai disetiap peringkat.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Cara mudah faham GST kawal peniaga kaut untung dan elak Penipuan cukai SST " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares