Halia adalah herba berkhasiat menjadi pelazat masakan dan ubat semulajadi merawat beberapa penyakit.

Tekanan darah tinggi sering di ambil mudah oleh ramai orang.

Sedangkan risiko akibat tekanan darah yang tidak distabilkan akan menyebabkan kerosakan kepada organ ginjal, hati, jantung, paru-paru, usus, hempedu,otak dan sistem saluran darah.

Pakar penjagaan kesihatan sering mengingatkan supaya menjauhi bahan bukan organik seperti gula proses, perasa bukan organik, lemak bukan organik.

Bahan-bahan diatas telah dikenalpasti sebagai penyebab utama kepada permasalahan darah tinggi.

Herba semulajadi seperti selasih, pasli, bawang putih dan kayu manis, halia, jintan, lada putih dan hitam, kunyit, lengkuas rezom akar dan daun, ketumbar mudah didapati dan hendaklah dijadikan campuran dalam makanan harian.


Kajian terhadap lebih 4,000 orang mendapati mereka yang mengambil halia (2 hingga 4 gram sehari) didapati tekanan darah yang stabil.

Halia membantu merangsang salur darah untuk melebar dan seterusnya memudahkan pergerakan darah.

Pergerakan darah lancar akan menstabilkan tekanan darah.

Dari pemerhatian didapati tekanan darah tinggi merupakan pasangan popular kepada diabetes dan gout.

Pesakit diabetes dan gout biasanya mengalami tekanan darah tinggi.



Kerosakan kelenjar adrenal yang berfungsi mengawal tekanan darah antara penyebab tekanan darah sukar untuk dikawal.

Kelenjar berkenaan mengalami kerosakan akibat keradangan yang dicetuskan oleh gula putih, makanan proses dan lemak ciptaan manusia ( lemak trans).

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Adakah makan halia meningkatkan tekanan darah? " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares