Keupayaan yang luar biasa untuk mengawal serangga, memberikan satu kaedah mengawal populasi nyamuk pembawa penyakit.

Kita biasa melihat kelawar makan buah buahan. Tetapi tidak ramai mengetahui kelawar adalah pemangsa serangga yang sangat berkesan.


Hari ini manusia menggunakan racun serangga secara semburan asap untuk membunuh nyamuk khususnya nyamuk aedes.
Namun kaedah ciptaan manusia ini ada kesan sampingan kepada alam sekitar dan sistem pernafasan manusia.
Rama-rama, serangga pendebungaan menjadi mangsa pembunuhan oleh racun serangga.
Kelawar juga agen pendebungaan dan penyebar benih tumbuhan.
Berapa banyak nyamuk yang boleh dimakan kelawar di Charleston, Carolina Selatan?
Seekor kelawar boleh memakan sehingga 1,200 serangga bersaiz nyamuk setiap jam, dan setiap kelawar biasanya memakan 6,000 hingga 8,000 serangga setiap malam.
Serangga lain termasuk rama-rama pemusnah tanaman, kumbang timun, lalat dan agas juga antara makanan kegemaran kelawar.
Secara ringkasnya kelawar adalah agen kawalan serangga secara semulajadi yang selamat dan berkesan.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Kelawar adalah mesin pembunuh nyamuk secara semulajadi. " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.