Penemuan terkini mendapati hormon melatonin yang dikeluarkan oleh badan ketika tidur malam merupakan ubat penawar paling mujarab.



Ketika tidur, badan sebenarnya terus bekerja membaik pulih penyakit samada penyakit kanser, diabetes,gout, buah pinggang, darah tinggi, arthritis dan lain lain.

Untuk warga berusia 40 an keatas sukar mendapat tidur yang berkualiti malah ramai menghadapi masalah tidur atau insomnia. Persoalannya bagaimana hormon melatonin dapat dirembeskan jika masalah tidur tidak dapat dipulihkan.

Pengambilan pil hormon pula menyebabkan kesan sampingan jangka panjang.




Satu Kajian oleh Universiti Arizona di Tucson mendapati selimut berperanan besar memulihkan masalah insomnia.

Selimut mewujudkan ‘iklim mikro’ di sekeliling kulit yang biasanya sedikit panas daripada persekitaran luar selimut” kata Michael Grandner , PhD, pengarah Program Penyelidikan Tidur dan Kesihatan.

Ia memerangkap haba yang keluar dari badan pada waktu malam, menjadikan badan tetap hangat.

Keadaan ini merangsang hormon bahagia serotonin untuk mewujudkan ketenangan. Hormon stres Kortisol pula akan menurun.

Otak akan memberitahu sistem badan untuk tidur.



Terdapat juga penyelidikan yang mencadangkan penggunaan jenis selimut berat untuk orang yang mengalami insomnia dan kebimbangan .

Kajian terhadap orang yang sihat yang mengalami insomnia kronik , yang diterbitkan pada 2015 dalam Journal of Sleep Medicine & Disorders, mendapati bahawa mereka yang tidur di bawah selimut berat melaporkan mempunyai tidur malam yang lebih tenang .

Dan kajian semula penyelidikan yang diterbitkan pada tahun 2020 dalam American Journal of Occupational Therapy menunjukkan bahawa orang yang mengalami masaalah kerunsingan juga boleh mendapat manfaat daripada tidur dengan selimut berat.


Kesimpulannya selimut yang tebal dan lembut adalah baik untuk kesihatan tidur. Elakkan tidur tanpa selimut atau tanpa pakaian untuk mengelakkan tindakbalas badan kepada masalah lebih kronik.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Tidur malam berselimut walaupun Panas baik untuk merawat penyakit " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares