Sebuah pokok tua tumbang di Jalan Makhota Taman Maluri Kuala Lumpur pada 6/11/2022 pada kira kira 5 petang.

Pokok sebegini boleh diumpamakan sebagai mesin pembunuh keatas warga kota.

Dilaporkan 6 orang mengalami kecerderaan dalam kejadian pokok yang menimpa sebuah kereta dan motosikal di jalan berkenaan.

Kejadian seperti ini telah banyak kali berlaku. Desakan supaya menebang dan mengganti pokok lama tidak diendahkan oleh pihak berwajib.

Entah kenapa pihak berwajib sanggup mengekalkan begitu banyak pokok tua disepanjang jalan dan taman di ibukota. Pokok tua boleh diumpamakan sebagai mesin pembunuh keatas warga kota.

Demi kesejahteraan warga kota, sewajarnya semua pokok tua dibuang dan diganti dengan pokok baru yang lebih selamat.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] Akibat berkeras tidak tebang pokok lama 6 cedera sebuah kereta dan motosikal menjadi mangsa " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares