Hasrat untuk membebaskan sektor pendidikan tinggi dari cengkaman rejim PTPTN nampaknya telah diangkat menjadikan agenda utama Barisan Nasional.



Cengkaman Rejim PTPTN ini tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang tindakan untuk menghapuskannya.

Barisan Nasional menggariskan dengan jelas hasrat khusus berkenaan pendidikan semua peringkat.

Didalam agenda PADU 48 mukasurat menjelaskan gerak-kerja Barisan Nasional untuk mengeluarkan negara dari pelbagai kemelut ekonomi dan pendidikan.


Diringkaskan 13 perkara pendidikan:


20. Mengangkat faktor budaya tempatan dalam pendidikan dengan membenarkan penggunaan bahasa ibunda untuk kanak-kanak di Community Learning Centre di Sabah dan Sarawak.

21. Sistem persekolahan tanpa buku teks dengan pemberian komputer riba percuma kepada semua pelajar B40.

22. Melebarkan Jaringan Internet 5G dan Wifi Awam (JIWA) di semua sekolah dalam tempoh 18 bulan.


23. Mengangkat keguruan sebagai profesion pilihan dan berprestij tinggi
dengan memperkenalkan skim khas kepada bakat terbaik dan menambah
10% lagi guru pakar.


24. Pengajian tinggi percuma kepada semua individu dari keluarga B40, sebagai pelan penamat kemiskinan jangkacpanjang.

26. Mengurangkan kos pengajian tinggi dengan pengenalan
sistem pengajian anjal (50% di kampus dan 50% atas talian /
jarak jauh) yang akan mengurangkan sehingga separuh kos pengajian.

26. Menggalak pengambilan tahun senggang (gap year) kepada
mahasiswa bagi memenuhi keperluan dan minat peribadi
serta menyumbang kepada masyarakat.

27. Memberikan autonomi penuh kepada IPT awam.

29. Menawarkan pengajian tinggi di IPTS yang dibiayai oleh Kerajaan melalui sistem baucar sebagai langkah
menguruskan ketidakcukupan tempat di IPTA.

29. Menjadikan PTPTN sebuah yayasan tabung amanah pendidikan nasional yang akan diberdayakan melalui
endowmen dan infak masyarakat.


30. Memperkenalkan bayaran semula PTPTN berdasarkan
pendapatan / tangga gaji selepas setahun bekerja.

31. Pemberian 100% pembiayaan PTPTN kepada pelajar dari kelompok M40 dan ke bawah.

32. Menaikkan taraf Darul Qur’an menjadi Universiti Al-Quran dengan sasaran memperbanyak bilangan hufaz yang berkelulusan universiti dalam bidang
profesional.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Terima Kasih Barisan Nasional kerana agenda liberalisasi rejim PTPTN " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares