Masalah LRT Kelana Jaya: ia mungkin sabotaj, kata Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Pertama Datuk Ridza Abdoh Salleh berkata selain isu teknikal, budaya kerja dalaman juga perlu ditangani sebaik mungkin.




KUALA LUMPUR – Punca kerosakan perkhidmatan laluan LRT Kelana Jaya seolah-olah tindakan sabotaj, kata ketua pegawai eksekutif (CEO) pertama Prasarana Malaysia Bhd Datuk Ridza Abdoh Salleh.



Beliau memberitahu The Vibes bahawa kegagalan kawalan LRT automatik (ATC) antara stesen Ampang Park dan Kelana Jaya mungkin berpunca daripada rasa tidak senang di kalangan lapisan kakitangan dalam Prasarana.

“Saya tidak tahu sama ada ia dikaitkan dengan pilihan raya umum akan datang, tetapi saya tidak menolak kemungkinan sabotaj,” katanya kepada The Vibes.

Beliau menjawab teori pemerhati industri mengenai dakwaan sabotaj sehingga pihak pengurusan tidak dapat menentukan punca sebenar kerosakan ATC.

Dua hari lalu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Mohd Azharuddin Mat Sah telah mengumumkan bahawa jurutera syarikat itu tidak dapat mendiagnosis isu yang menjejaskan ATC berikutan beberapa gangguan sejak Sabtu.

Sebagai langkah keselamatan, Rapid Rail Sdn Bhd mengambil tindakan drastik pada Rabu dengan menggantung laluan Kelana Jaya selama tujuh hari, satu langkah yang menjejaskan hampir dua juta penumpang Lembah Klang.

Menteri Pengangkutan sementara Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan langkah penyediaan 107 buah bas perantara untuk kemudahan pengguna yang terjejas.



Sementara itu, Ridza berkata kemungkinan tindakan sabotaj itu mungkin berpunca daripada pertikaian kalangan pekerja teknikal yang tidak ditangani berlarutan bertahun-tahun.


Pertikaian soal gaji di peringkat pertengahan dan bawahan dalam konglomerat pengangkutan awam milik kerajaan itu dikatakan semakin membarah.

Rejim gaji kasta atasan dan bawahan di Prasarana dimana wujudnya perbezaan ketara yang menyebabkan pertikaian.

Bahagian teknikal biasanya berada pada tekanan tinggi operasi sesebuah organisasi. Namun gaji tidak setara dengan khidmat mereka.

Persekitaran kerja yang tidak ceria boleh mencetuskan sabotaj.

“Sebagai contoh, kita tidak boleh begitu sahaja meletakkan seorang pakar IT dari Sime Darby ke dalam Prasarana atau seorang eksekutif kewangan dari sebuah bank ke dalam pengurusan tertinggi Prasarana, manakala kakitangan tidak dinaikkan ke jawatan penting,” kata Ridza.



Bercakap kepada The Vibes, Ridza turut kesal kerana syarikat bergantung kepada pakar asing dari Toronto dan Istanbul untuk menyelesaikan krisis itu.

“Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap pakar tempatan. Kini, mereka (pasukan Prasarana) berkata mereka tidak dapat mencari punca dan menyelesaikan krisis itu sendiri. Saya tidak faham kerana LRT ini telah beroperasi selama 25 tahun tanpa henti” katanya.

Sumber the vibes

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Penutupan sementara 16 stesen LRT Putra mungkin kerja sabotaj " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares