Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) Fasa 4.
[TERKINI] Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula 15 November 2022 (Selasa) dan dijangka selesai pada 18 November 2022 (Jumaat).




Pembayaran yang bernilai RM2.1 bilion ini akan memanfaatkan seramai 5.2 juta penerima yang terdiri daripada penerima sedia ada kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan.

Secara keseluruhannya, RM8 bilion telah diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 8.7 juta penerima bagi tahun 2022.


Untuk BKM Fasa 4, setiap penerima bakal menerima sehingga RM900 mengikut kategori kelayakan masing-masing. Pembayaran ini merupakan bayaran akhir baki nilai yang sepatutnya diterima pada tahun ini.


Keputusan mempercepatkan pembayaran BKM Fasa 4 daripada Disember 2022 kepada November 2022 adalah bagi membantu penerima untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada pertengahan bulan November 2022.



Semakan Kelulusan BKM
Anda boleh membuat semakan kelulusan BKM melalui laman portal My BKM iaitu;
https://bkm.hasil.gov.my/


Maklumat pembayaran adalah sebagaimana berikut;
i. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

0 anak – RM300
1-2 anak – RM600
3 anak & ke atas – RM900

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

0 anak – RM100
1-2 anak – RM200
3 anak & ke atas – RM300

ii. Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berusia 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

0 anak – RM300
1-2 anak – RM600
3 anak & ke atas – RM900

b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

0 anak – RM100
1-2 anak – RM200
3 anak & ke atas – RM300


iii. Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada had umur pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

a) Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2500

1-2 anak – RM600
3 anak & ke atas – RM900
b) Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000

1-2 anak – RM200
3 anak & ke atas – RM300

iv. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

a) Pendapatan RM0-RM2500
Tiada bayaran untuk fasa 4

v. Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
a) Pendapatan RM0-RM5000
RM150

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tarikh dan Jumlah Bayaran BKM Fasa 4 (November 2022) " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares