Di Thailand rata-rata telko menawarkan pelan 5G dengan harga RM90 untuk kuota 50GB dan kelajuan ialah 1 Gps.

Apabila habis kuota, kelajuan diturunkan kepada 20Mbps.

Bandingkan denga Telko Di Malaysia pelan 5G sekadar memberi kelajuan 512Kbps setelah kehabisan quota.

20Mbps dengan 512Kbps yang mana lebih mencekik pengguna.

Perkara sebegini berkemungkinan tidak diperincikan dalam perjanjian pelesenan 5G menyebabkan telco kapitalis mengambil peluang menekan pengguna.


Kerajaan WAJIB haramkan Polisi Penggunaan Seimbang (FUP) 512Kbps. Sekarang sudah tahun 2022, bukan lagi zaman 3G. FUP 512Kbps adalah PENINDASAN kepada RAKYAT Malaysia.

Pada 2022 ni, sudah tidak releven quota 10GB SEBULAN. Patutnya dengan perkembangan teknologi rangkaian semasa, pihak telco boleh sahaja perkenalkan pelan yang paling murah dengan quota 10GB data SEHARI. Begitu juga dengan kelajuan minima 4G pada 10Mbps dan 5G pada 20Mbps apabila kuota telah habis digunakan.

Dulu semasa kerajaan memperkenalkan Single Wholesale Network (SWN) 5G melalui Digital Nasional Berhad (DNB), telco-telco semua sibuk cakap negara lain tidak melakukan pelaksanaan 5G dengan cara macam tu. Mereka kata Malaysia patutnya IKUT trend negara luar.

Tapi kalau bab pelan-pelan Internet, telco-telco ni tak mau pula tiru pelan-pelan Internet yang lebih murah dan bagus yang ditawarkan oleh telco negara lain untuk pengguna mereka.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Telco kedekut sukar bawa bincang " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares