Orang kita kebanyakannya juara bab sembang acah acah ilmiah. Tapi malangnya fakta longkang sahaja. Untuk menjawab isu sembang kencang ini, mari kita selusuri satu persatu rententan kisah unik yang telah berlaku.

Sesebuah kerajaan yang dilantik mesti memiliki keabsahan atau mandat dari tukang lantik. Tukang lantik adalah 14 juta pengundi berdaftar semasa PRU14.

Bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abd Rahman memberi penjelasan perlu diadakan pilihanraya segera sebaik tumbangnya kerajaan yang mendapat mandat rakyat.

Tan Seri Rashid Abd Rahman Mantan Pengerusi SPR

Ini adalah prasyarat penting untuk memastikan sesuatu kerajaan dapat berfungsi dengan baik untuk menjaga kebajikan rakyat.

Apa yang berlaku selepas PRU-14 pada tahun 2018, rakyat memberikan keabsahan kepada PH untuk mengemudi Malaysia. Dukacita PH tidak ada kompetensi mentadbir menyebabkan berlaku banyak tidak puas hati dikalangan gabungan PH.

PPBM, PKR dan DAP merupakan tunggak utama Pakatan Harapan ketika memenangi PRU-14.

Bagaimana PH berkubur diceritakan sendiri oleh Datuk Zuraida Kamaruddin yang merupakan salah seorang ahli parlimen menang diatas tiket PH dalam PRU 14.

Datuk Zuraida Kamaruddin

Setelah 22 bulan memerintah berlaku perpecahan dimana PPBM menarik keluar sokongan kepada PH. Ini menyebabkan tumbang serta-merta kerajaan PH yang telah mendapat keabsahan.

Ketika rundingan di Istana Negara, Barisan Nasional meletakkan syarat supaya diadakan pilihanraya umum kerana mandat rakyat PRU-14 telah dikuburkan oleh PH.

Bagaimanapun Istana Negara berpendapat keadaan tidak sesuai untuk diadakan PRU kerana gelombang jangkitan Covid19 yang sedang melanda begitu pantas dengan kes harian meningkat kepada 4 angka begitu pantas.

Istana Negara meminta seluruh 222 orang ahli parlimen mengemukakan pilihan calon Perdana Menteri untuk pertimbangan mengikut Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan.

Hasilnya Tan Seri Mahiaddin Yassin dilantik menjadi Perdana Menteri ke-8. Seperti tiada penamat kemelut yang ditinggalkan oleh PH menghantui pentadbiran PM-8.

Dengan tindakan darurat menyebabkan rakyat dikurung menjadi penamat kepada PM8.

Proses seterusnya untuk dibuat PRU bagi mendapatkan mandat baru tidak menjadi kenyataan kerana negara dalam tempoh pemulihan kovid-19 dan proses vaksinasi kebangsaan yang belum mencapai 80% serta sektor ekonomi baru dibuka oleh Perdana Menteri ke-9.

Hingga ke Oktober 2022, barulah Istana Negara berkeyakinan PRU boleh diadakan setelah mendapat sembah maklum dari Perdana Menteri ke-9 Dato’Seri Ismail Sabri Yaakob.

Penerangan mudah ini diharapkan pengundi memahami mengapa PRU tidak lagi dilengahkan sebagaimana janji Perdana Menteri ke-9.

Penerangan ini membongkar rahsia Naratif sembang sampah kononnya PRU diadakan untuk :

1) Membebaskan Klaster Mahkamah. Sebenarnya pihak parti pembangkang bimbang kepada kemenangan BN. PRU 15 dilaksanakan dalam keadaan sentimen rakyat memihak kepada BN. Jadinya mereka membuat naratif untuk menimbulkan kekeliruan. PH memang mempunyai sejarah besar menggugurkan pertuduhan keatas pimpinan mereka. Jadi mereka ingat BN lapar menipu seperti mereka.

2) Menyusahkan pengundi kerana banjir . Pihak PH dan PN sepakat untuk melengahkan pembubaran DUN dengan alasan kononnya untuk mudah mengurus banjir. Malangnya dalam beberapa kejadian banjir kilat dalam negeri PH-PN tidak kelihatan pun anggota kerajaan negeri PH-PN turun ke lokasi terjejas.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Masih persoal mengapa PRU-15 tidak ditangguhkan sehingga Mei 2023 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares