Dato’ Seri Najib hari ini melalui peguam Shafee & Co telah tampil membuat penafian isu BN menang untuk membebaskan beliau dan meminta semua pihak tidak menggunakan nama beliau sebagai agenda politik. Beliau menyeru supaya semua pihak memberi laluan kepada proses mahkamah berjalan tanpa sebarang gangguan.

Naratif terdesak mencari sokongan terutama mensasarkan kalangan orang muda sedang berleluasa iaitu satu undi kepada kepada BN bermakna undi untuk Zahid jadi PM dan ini bermakna satu undi selamatkan Kes mahkamah Zahid Hamidi, kluster mahkamah dan bebaskan Najib dari penjara.

Kenapa naratif ini dijelmakan kalau bukan kerana igauan lama pakatan Harapan yang melanggar rule of Law sewenangnya.


Jangan pernah lupa akan peristiwa buruk tindakan PH selama 22 bulan memerintah.

Dengan mengandaikan Zahid dan Najib pengecut tidak berani berhadapan mahkamah sebagaimana pimpinan mereka yang digugurkan dari peroses pengadilan, mereka membuat cerita watak gambaran seolah-olah Zahid dan Najib Pemimpin pengecut.

Telah jelas mahkamah membebaskan Zahid dari 40 pertuduhan dan masih berbaki 47 pertuduhan yang sedang dibicarakan.

Begitu juga Najib yang telah menang kes perlucutan harta dan sejumlah 46 juta harta yang dirampas telah lesap semasa dalam simpanan pihak kerajaan.

Ini benar-benar mencerminkan pihak berkuasa umpama pagar yang makan padi.

Sebelum ini mereka menyerang melagakan diantara calon Perdana Menteri Dato’Seri Ismail Sabri dengan Dato’Seri Zahid Hamidi namun usaha mereka telah gagal.

Itulah kepakaran kerja mereka sebenarnya bukan mahir dalam mencari penyelesaian untuk rakyat yang sangat terkesan dengan kehilangan pekerjaan dan tekanan inflasi.

Kenapa mereka tidak menyerang syed Sadiq yang juga klaster mahkamah?

Kerapa Syed Sadiq disucikan?

Kerana Parti Muda berada bersama Pakatan dalam PRU 15 ini.

Ini dijelaskan oleh Datuk Zuraida Kamaruddin tentang keadaan puak bermasalah ini yang menyebabkan kerajaan PH berkubur selepas berkuasa 22 bulan sahaja.

Diteruskan oleh kerajaan PN tetapi sebuah kerajaan yang tidak ada keabsahan sukar untuk mentadbir dengan berkesan.

Perkara ini diakui sendiri oleh Tan Sri Rashid Abd Rahman bekas Pengerusi SPR.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " (kemaskini)Usaha terakhir cara jahat raih undi " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares