Dari satu sudut teguran Ketua Hakim Negara kepada SPRM dilihat usaha untuk mengurangkan impak buruk keatas kempen Pakatan Harapan dalam PRU 15 kali ini.

Sebaik PH membentuk kerajaan pada Mei 2018, mereka telah melakukan serbuan semasa bulan Ramadhan merampas harta benda di rumah Najib di Pavilion dan juga serbuan kerumah Ibu Najib Toh Puan Rahah sehingga ke peringkat dipecahkan siling rumah.



Begitu ganas mereka menyiasat Bekas Perdana Menteri berbanding siasatan keatas hakim Nazlan yang ditentang hebat oleh Ketua Hakim Negara dan Majlis Peguam Malaysia.

Apa makna ini semua?
Malaysia ini kamu yang kawal kah?
Kamu hendak melindungi penjahat kah?

Ini persoalan yang berkisar didalam media sosial.

Akhirnya pada 14/11/2022 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak kes pendakwaan harta rampasan Pavilion berkenaan dan mengarahkan semua harta berkenaan dipulangkan kepada Dato’ Seri Najib serta merta.




Peristiwa teguran Ketua Hakim kepada SPRM supaya tidak membuat sebarang komen berkenaan kes Nazlan adalah isyarat jelas cubaan mengelak kesan lebih buruk keatas pakatan Harapan dalam kempen PRU-15.


Alasan Ketua Hakim Negara ialah untuk membendung persepsi rakyat keatas badan kehakiman.

Bagaimana pula layanan badan perundangan keatas kes SRC seolah olah Bekas Perdana Menteri itu manusia paling hina di Malaysia.

Dari satu sudut lagi teguran Ketua Hakim Negara kepada SPRM adalah bertujuan mengurang impak buruk keatas kempen Pakatan Harapan dalam PRU 15 ini.


Walaubagaimana pun teguran KHN sebenarnya telah memberi impak besar kepada kedudukan khususnya Badan Kehakiman dan Majlis Peguam Malaysia.

Kedua badan perundangan ini dilihat berpihak kepada doktrin Pakatan Harapan yang terkenal dengan tindakan melanggar rule of law sewenang-wenangnya semasa berkuasa 22 bulan.

Sedih sekali apabila pihak tertinggi perundangan terbabit dengan doktrin Pakatan Harapan.

Sukar sangat kah membezakan antara kencing Pakatan Harapan dengan PADU Barisan Nasional.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kisah antara dua darjat pemulangan harta milik Najib Rosmah dan siasatan Hakim Nazlan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares