Anda boleh melihat jumlah ruang yang digunakan oleh WhatsApp pada peranti anda dan mengosongkan storan dengan memadamkan foto, video, sticker atau voice note .


Lihat storan
1. Pada tab SEMBANG , ketik Lagi pilihan> Tetapan .


2. Ketik Storan dan data > Urus storan .
Jumlah ruang yang digunakan pada peranti anda oleh media WhatsApp dan Apl dan item lain dipaparkan di bahagian atas skrin.


Semak dan padam item
Anda boleh mengosongkan storan dengan memadamkan item yang besar atau telah diterima mahupun dihantar berulang kali. Anda juga boleh memadamkan item setiap sembang.


Semak item
1 Pada tab SEMBANG , ketik Lagi pilihan> Tetapan .


2 Ketik Storan dan data > Urus storan .


3 Ketik Dimajukan berkali-kali , Lebih besar daripada 5 MB , atau pilih sembang tertentu.

4 Anda boleh mengetik ikon isihan untuk mengisih mengikut Terbaru , Terlama atau Terbesar .

Saiz fail item dipaparkan di sudut atas item.

5 Ketik item untuk menyemak. Anda juga boleh:

Lihat sembang item itu berasal dan bila ia dihantar: Ketik Lagi > Tunjukkan dalam sembang .

Bintangkan atau nyahbintangi item:

Ketik Bintang atau Nyahbintang .
Padamkan item
Jika anda memilih untuk memadamkan item, ia akan dipadamkan daripada media WhatsApp anda. Item yang dipadamkan mungkin masih disimpan pada peranti anda.

Jika anda mempunyai berbilang salinan item, anda juga perlu memadamkan semua salinan untuk mengosongkan ruang.


1. Pada tab SEMBANG , ketik Lagi pilihan> Tetapan .

2. Ketik Storan dan data > Urus storan .


3. Ketik Dimajukan berkali-kali , Lebih besar daripada 5 MB , atau pilih sembang tertentu.


4. Awak boleh:

Padam semua item : Ketik Pilih semua jika anda mahu memadam semua item sekaligus.

Padam item individu : Ketik dan tahan item yang ingin anda padamkan. Pilih item tambahan untuk memadam berbilang item sekaligus.


5. Ketik Padam .

Pilih Padam item berbintang untuk memadam item berbintang.

Pilih Padam sebarang salinan untuk memadam pendua.

6. Ketik PADAM .
Padamkan item melalui carian
Anda juga boleh memadamkan item individu dengan menggunakan ciri carian


1. Pada tab SEMBANG , ketik Cari .

2. Ketik Foto , Video atau Dokumen .


3. Ketik item yang ingin anda padamkan.


4. Ketik Lagi > Padam .

Secara pilihan, ketik Padam media dalam sembang ini .


5. Ketik PADAM .

Makluman storan rendah

Jika ruang kosong storan berkurangan ketahap yang sangat rendah, WhatsApp mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik seperti lembab dan tidak dapat terima gambar, Video atau fail dokumen.

Jika ini berlaku, WhatsApp mungkin menggesa anda mengosongkan ruang untuk terus menggunakan apl tersebut.

Anda juga boleh mengosongkan ruang dengan memadamkan apl yang tidak anda gunakan atau video besar, foto atau fail yang disimpan pada telefon anda.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Storan telefon penuh dan bagaimana untuk mengosongkan storan pada WhatsApp " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares