“Pernah membentuk Pakatan Rakyat (PR) kemudian berpecah dan menubuhkan Pakatan Harapan (PH). Berpecah-belah lagi angkara persengketaan kuasa lalu terbentuk pula Perikatan Nasional (PN). Sebahagian yang lain menubuhkan parti serpihan baharu maka terwujudnya Gerakan Tanah Air (GTA).

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat untuk bersama sepakat sehati sejiwa meyakini memilih Barisan Nasional (BN) demi kestabilan dan kemakmuran yang menjamin masa depan Malaysia.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata, BN mempunyai pegangan dan inspirasi dalam mengangkat kestabilan dan kemakmuran sejak sekian lama, sedangkan gabungan politik lain sehingga hari ini berdepan ketidaktentuan dalam hala tujunya.



“Pernah membentuk Pakatan Rakyat (PR) kemudian berpecah dan menubuhkan Pakatan Harapan (PH). Berpecah-belah lagi angkara persengketaan kuasa lalu terbentuk pula Perikatan Nasional (PN). Sebahagian yang lain menubuhkan parti serpihan baharu maka terwujudnya Gerakan Tanah Air (GTA).

“Menjelang PRU15 mereka masih tiada hala tuju yang jelas untuk kepentingan rakyat dan negara. Satu-satunya yang hadir bersama mereka adalah faedah politik, kuasa, kroni, jawatan dan kedudukan yang bersendikan fitnah, pembohongan, manipulasi, putar belit, janji palsu dan ‘manifesto bukan kitab suci’,” katanya menerusi hantaran dalam laman Facebooknya.

Tegas Ahmad Zahid, BN selepas PRU14 berusaha mengembalikan kestabilan dan kemakmuran di bumi Malaysia, namun ia bukanlah suatu tugas yang mudah kerana berdepan pelbagai halangan, rintangan dan cabaran.

“Bagaimanapun berkat keyakinan, dokongan serta kesepakatan rakyat bersama kita mampu menjayakannya.

“Kita pernah melakukannya pada PRN Melaka dan Johor, InsyaAllah kita mampu mengulanginya untuk PRU15.”



Katanya, BN sebagai sebuah gabungan politik mungkin tidak terlihat sempurna oleh sebilangan pihak, namun gabungan politik ini tidak pernah terhenti berusaha untuk menggapai kesempurnaan.

“Ia suatu proses berterusan tanpa titik noktah memastikan BN kekal relevan, progresif kini dan selamanya. Sejarah selepas 9 Mei 2018 malah menyaksikan BN masih pilihan terbaik rakyat untuk mengemudi negara.

“BN yang membawa wadah perpaduan kaum, keharmonian beragama, kemakmuran ekonomi, kebajikan rakyat.”

Dalam hal ini, Ahmad Zahid juga menjelaskan tujuan-tujuan BN yang menjadi asas itu terpateri pada Fasal 5 Perlembagaannya iaitu:

• Memupuk dan mengekalkan satu bangsa Malaysia yang hormoni dan bersatu-padu

• Berusaha mencapai pembangunan jasmani dan rohani dan mengekalkan Islam sebagai agama Persekutuan

• Tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana jua dalam Persekutuan

• Menegak dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara

• Berusaha untuk mewujudkan suatu masyarakat adil dan saksama

• Berusaha untuk mengeratkan lagi perhubungan dalam kalangan ahli BN

– UMNO Online

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Ahmad Zahid Ajak Bersama Sepakat Pilih BN, Parti Lain Tidak Ada Hala Tuju " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares