Salah satu perjuangan besar Barisan Nasional ialah meningkatkan pendapatan golongan B40 kepada paras minima RM2,208.00

Selak mukasurat 5 Buku Perancangan Amal Dan Usaha (PADU) menjelaskan kerajaan Barisan Nasional sekiranya mendapat mandat dari rakyat akan melaksanakan satu revolusi besar pendapatan golongan B40.

Usaha ini sangat berbaloi kerana akan mengeluarkan golongan B40 dari paras kemiskinan dan kedaifan

Sebagai contoh pendapatan keluarga B40 sekitar RM1,000 sebulan, kerajaan Barisan Nasional akan menyalurkan RM1,208.00 kedalaman terus ke akaun secara bulanan.

Tawaran hebat ini sangat wajar untuk meringankan beban bulanan keluarga sekurang-kurangnya untuk 5 tahun mendatang.

Tawaran menarik bersesuaian semua lapisan rakyat dinyatakan dalam Buku PADU

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Tawaran BN bukan bahan gelak BN Menang Rakyat Senang " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares