Dapatan dari lapangan mendapati Anwar akan tersungkur di Tambun walaupun menang ke atas Peja tetapi kalah kepada BN. Bermakna undi Anwar menduduki nombor 2.

Berdasarkan sentimen beberapa PRK dan PRN yg memihak kepada BN sebelum ini, tidak mustahil Wan Azizah akan tersungkur di P124 Bandar Tun Razak.l mengekori nasib Anwar yang bakal terkulai di P063 Tambun.



Nasib Wan Azizah di P124 Bandar Tun Razak pula kelihatan tidak menentu setakat ini kerana prestasi teruk semasa menjawat Timbalan Perdana Menteri 22 bulan.

Kerusi P124 Bandar Tun Razak pada asalnya milik MCA yg dimenangi oleh Tan Chai Ho dlm PRU12 dahulu.

Kemudian dlm PRU13 Tan Sri Khalid Ibrahim menang atas tiket PKR mengalahkan calon BN dari MCA.

Dalam PRU14 pula Datuk Kamaruddin Jaafar ketika itu mewakili PH menang dengan undi besar 41,126 undi mengalahkan calon BN dari UMNO, Adnan Bin Seman yg mendapat undi 21,196.

Calon PAS, Dr. Rosni Adam mendapat 7,884 undi.

Walaupun undi yg diperolehi oleh PH agak besar dengan mewakili 58.58% undi namun kemenangan PH adalah disebabkan sentimen penolakan terhadap Najib dan BN yg begitu kuat di seluruh negara. Disamping itu janji-janji populis yang amat menarik hati pengundi.


Undi BN mewakili 30.12% dan undi PAS pula ialah 11.23%.

Senario PRU15 jauh berbeza dgn PRU14 sama ada dari segi isu mahupun komposisi parti-parti yg membentuk blok-blok parti.

Dengan Bersatu keluar dari PH sudah tentu peratusan 58.58% ini akan dirobek-robekkan.


Dalam tempoh satu penggal sebagai ahli parlimen sudah tentu Datuk Kamaruddin Jaafar telah membina struktur penyokongnya lebih-lebih lagi setelah Bersatu keluar dari PH.

Kini Bersatu bersama PAS berada dalam Perikatan Nasional (PN). Jika diandaikan Datuk Kamaruddin boleh membawa sekitar 15% penyokong yang dahulunya mengundi PH ke dalam PN, maka dicampur pengundi PAS yg lebih setia sebanyak 11.23% akan membentuk undi 26.23% atau minima 25% dan maksima 30%.

Bermakna dalam kem PH, 58.58% – 15% = 43.58%.

Di atas kertas peratusan 43.58% jauh melebihi undi BN yg berada pada 30.12%. Peratusan BN agak rendah kerana asakan PH terhadap BN begitu kuat.

Kini setelah BN bangkit kembali ekoran kemenangan besar PRN di Melaka dan Johor, pemerhati menjangkakan undi tambahan kepada BN sekitar 8% daripada penyokong PH untuk membentuk 38.12% manakala peratusan PH menurun kpd 35.58%.

Maka persaingan semgit akan berlaku antara BN dan PH sahaja dan meninggalkan PN di tempat ke 3.

Senario di P124 hampir sama dgn Tambun di mana PH berlawan dgn PN tetapi memberi keuntungan kepada BN.

Dalam analisa mutakhir untuk P063 Tambun lebih memihak kpd BN manakala bagi Bandar Tun Razak agak seimbang antara BN dan PH.

Berdasarkan sentimen beberapa PRK dan PRN yg memihak kepada BN sebelum ini, tidak mustahil Wan Azizah akan tersungkur di P124 Bandar Tun Razak.l mengekori nasib Anwar yang bakal terkulai di P063 Tambun.

BARISAN Nasional kali ini tampil dengan tawaran menarik Bantuan BULANAN B40 had maksima RM2208

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Analisa terkini Pertempuran PH PN BN Di P124 Bandar Tun Razak Sengit " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares