Untuk memilih parti atau calon semestinya sasaran paling utama ialah semak tawaran tawaran dari setiap calon.

Sehingga sekarang tawaran dari Barisan Nasional dilihat lebih menepati keperluan saya. Perancangan AMAL Dan Usaha menyenaraikan strategi tuntas pelan penamat kemiskinan jangka panjang.

Saya dari kalangan B40 dengan pendapatan isi rumah tidak menentu dari RM800-RM1000 sebulan. Jika Barisan Nasional mendapat mandat PRU 15 ini, saya berpeluang menikmati wang tambahan yang ditawarkan sehingga RM1208. Ini menjadikan pendapatan bulanan saya meningkat kepada RM2208.

Selain dari itu anak dan cucu saya berpeluang mendapat Pengajian Tinggi Percuma yang ditawarkan kepada keluarga B40.


Barisan Nasional menggariskan tawaran menarik pengurangan kos pengajian tinggi dengan pengenalan sistem pengajian anjal (50% di kampus dan 50% atas talian / jarak jauh).


Langkah ini akan membantu pelajar mengurangkan sehingga separuh kos pengajian logistik dan kos sara diri.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kenapa saya pilih Barisan Nasional PRU-15 " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares