99 Tawaran Barisan Nasional sekiranya diberi mandat dalam PRU-15 . Tawaran ini telah melalui proses kompetensi yang mengesahkan layak untuk ditawarkan kepada rakyat Malaysia.

1. Penghapusan kemiskinan mutlak melalui Skim Bantuan Pendapatan Asas Automatik yang memberi tambahan kepada setiap isi rumah berpendapatan bawah RM2208 sebulan menjelang tahun 2025 selain meneruskan rangkaian bantuan lain kepada pelbagai kelompok yang layak.

Contoh Pendapatan bulanan Keluarga A ialah RM1000.00 . Maka keluarga A dikategorikan sebagai B40. Dengan itu Kerajaan Barisan Nasional jika dipilih menang PRU-15 akan menyalurkan sebanyak RM1208.00 secara BULANAN kedalam akaun ketua keluarga A.



2. Mengurangkan 2% cukai pendapatan ke atas mereka yang berpendapatan RM50 ribu hingga RM100 ribu setahun.

3. Mengkaji penurunan sebahagian bidang kuasa (devolution of power) Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kecekapan serta mengukuhkan semangat Persekutuan-Negeri.

4. Menghapuskan konflik kepentingan melalui pelaksanaan pemisahan jawatan & fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya.

5. Menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen berkenaan cadangan & tapisan jawatan-jawatan utama negara seperti Ketua Pesuruhjaya SPRM, pengerusi SPR dan Gabenor Bank Negara.

6. Mengesyorkan penggunaan teknologi ‘block chain’ ke arah mewujudkan sistem pengenalan dan identiti diri tunggal dan bersepadu
(kad pengenalan, lesen, insurans/takaful, Touch&Go dan lain-lain).

7. Kuota belia sebagai senator dalam Dewan Negara.

8. Menubuhkan Jawatankuasa Belia Bagi Semakan Polisi di Parlimen.

9. Menaiktaraf Institut Integriti Malaysia (IIM) sebagai sebuah
suruhanjaya bebas (Suruhanjaya Integriti Malaysia) bagi mengukuhkan etika dan integriti institusi awam dan masyarakat.

10. Mengambil tindakan susulan pembentangan laporan oleh
pasukan bertindak khas berhubung kes Batu Putih dan buku oleh mantan peguam negara

11. Wilayah Sabah dan Sarawak sebagai hab keselamatan negara yang baharu.

12. Wilayah Sabah dan Sarawak sebagai gergasi ekonomi negara yang baharu.

13. Memperuntukkan 5% KDNK (peningkatan daripada RM36 bilion pada tahun 2023 kepada anggaran RM77 bilion) menjelang tahun 2027 untuk perbelanjaan kesihatan bagi meningkatkan kepakaran, akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan awam.

14. Pembinaan lebih banyak hospital pakar untuk disiplin seperti penyakit
berjangkit dan kesihatan mental.

15. Meningkatkan peluang latihan kepakaran dan sub-kepakaran di hospital swasta bagi meningkatkan jumlah pakar perubatan.

16. Memperkasakan pendidikan awal dan menyediakan asuhan nasional percuma untuk semua kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah yang akan turut meringankan sebahagian besar kos sara hidup.

17. Memperkenal kemahiran pintar abad ke-21 seperti bahasa pengaturcaraan (coding), pemikiran kreatif serta pembelajaran bahasa komunikasi asas seperti Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan, Dusun dan bahasa bahasa etnik lain di semua sekolah.

18. Melaksanakan program / intervensi khas pendidikan kepada murid tercicir akibat COVID-19.

19. Mengembalikan kepentingan keseimbangan antara bidang sains dan teknologi dengan bidang sastera dan seni di sekolah kebangsaan.

20. Mengangkat faktor budaya tempatan dalam pendidikan dengan membenarkan penggunaan bahasa ibunda untuk kanak-kanak di Community Learning Centre di Sabah dan Sarawak.

21. Sistem persekolahan tanpa buku teks dengan pemberian komputer riba percuma kepada semua pelajar B40.

22. Melebarkan Jaringan Internet 5G dan Wifi Awam (JIWA) di semua sekolah dalam tempoh 18 bulan.

23. Mengangkat keguruan sebagai profesion pilihan dan berprestij tinggi dengan memperkenalkan skim khas kepada bakat terbaik dan menambah 10% lagi guru pakar.

24. Pengajian Tinggi Percuma kepada semua individu dari keluarga B40,
sebagai pelan penamat kemiskinan jangka panjang.

25. Mengurangkan kos pengajian tinggi dengan pengenalan sistem
pengajian anjal (50% di kampus dan 50% atas talian / jarak jauh)
yang akan mengurangkan sehingga separuh kos pengajian.

26. Menggalak pengambilan tahun senggang (gap year) kepada mahasiswa bagi memenuhi keperluan dan minat peribadi serta menyumbang kepada masyarakat.

27. Memberikan autonomi penuh kepada IPT awam.

28. Menawarkan tempat pengajian tinggi di IPTS yang dibiayai oleh Kerajaan melalui sistem baucar sebagai langkah menguruskan ketidakcukupan tempat di IPTA.

29. Menjadikan PTPTN sebuah yayasan tabung amanah pendidikan nasional yang akan diberdayakan melalui endowmen dan infak masyarakat.

30. Memperkenalkan bayaran semula PTPTN berdasarkan pendapatan / tangga gaji selepas setahun bekerja.

31. Pemberian 100% pembiayaan PTPTN kepada pelajar dari kelompok M40 dan ke bawah.

32. Menaikkan taraf Darul Qur’an menjadi Universiti Al-Quran
dengan sasaran memperbanyak bilangan hufaz yang berkelulusan universiti dalam bidang profesional.

33. Meningkatkan cakupan had gaji kelayakan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dari RM5 ribu ke RM8 ribu bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

34. Mengiktiraf sumbangan pekerja dengan cuti bergaji pada hari lahir pekerja.

35. Menggalakkan majikan memperkenalkan program “reskilling” kepada pekerja dengan cara:


a. Memberikan majikan potongan cukai sebanyak RM5,000 maksimum
setahun untuk aktiviti latihan pekerja.


b. Memberikan majikan PKS baucar kredit sebanyak RM10,000 maksimum setahun untuk aktiviti latihan.

36. Menubuhkan Kumpulan Wang Pengekalan Kerja atau “Employment Retention Fund (ERF)” yang dicarum bersama oleh Kerajaan, pekerja dan majikan bagi mengelakkan pemberhentian pekerja secara serta merta semasa krisis ekonomi dan darurat nasional.

37. Melaksanakan Dasar Satu Keluarga Satu Graduan / Pekerja Mahir dengan suntikan dana oleh Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri serta pelbagai Yayasan Pelajaran.

38. Memperkenalkan Program Perantisan Nasional kepada pelatih kemahiran yang digerakkan oleh pihak industri (70% industri : 30% teori/pembelajaran dalam kelas).

39. Menghapuskan eksploitasi mahasiswa dengan mewajibkan bayaran elaun minimum kepada mahasiswa yang melakukan latihan amali industri (paid internship).

40. Mempelbagaikan program kemahiran lanjutan dan teknikal (upskilling) yang terbuka untuk orang awam.


41. Merancakkan keusahawanan belia dengan menubuhkan “Dana Keusahawanan Belia” yang akan dibiayai melalui sumbangan usahawan-usahawan yang sudah
berjaya serta suntikan dana RM300 juta daripada Kerajaan.

42. Menubuhkan National Placement Centre dan Pusat Satelit MyFutureJobs bagi membantu proses padanan penyenaraian dan peluang pekerjaan yang akan beroperasi di UTC.

43. Ekoran Malaysia sedang bergerak menjadi sebuah negara tua (aged nation), mewujudkan ekosistem perlindungan dan penjagaan warga emas yang lebih baik melalui penggubalan Akta Penjagaan Warga Emas.

44. Memantapkan fungsi dan keupayaan NGO yang mengendalikan pusat penjagaan warga emas dan OKU dengan peruntukan RM105 juta untuk 5 tahun.

45. Menggubal Akta Kontraktor Tanggungan (Dependent Contractor) bagi melindungi hak, pendapatan dan kebajikan pekerja gig, pemandu e-hailing, penghantar makanan dan lain-lain.

46. Pembinaan litar sukan pemotoran dengan peruntukkan RM20 juta setahun bagi membuka peluang belia terlibat dalam sukan pemotoran di platform yang betul.

47. Menyemak dan menambahbaik semua skim kebajikan veteran tentera, polis dan pasukan beruniform lain dan membantu mereka meningkatkan akses kepada peluang pekerjaan dan keusahawanan demi persaraan bermaruah.

48. Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan mengekalkan kadar pengangguran di bawah 4% iaitu tahap guna tenaga penuh.

49. Melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan lebih serius dalam usaha menyediakan lebih banyak rumah mampu milik di kawasan masing-masing untuk dijual atau disewa.

50. Menyediakan rumah mampu milik yang mencukupi untuk rakyat agar mereka yang sepatutnya memiliki rumah mampu memiliki serta membanyakkan program “rent-to-own”.

51. Melebarkan cakupan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bagi menyediakan jaminan Kerajaan atas pinjaman perumahan untuk membantu 50 ribu peminjam tanpa pendapatan tetap seperti pekerja e-hailing.

52. Pembukaan 6 lembah makanan baharu di seluruh negara.

53. Melahirkan 5 ribu petani generasi moden dan muda di bawah umur 40 tahun dalam tempoh 5 tahun, yang dilatih di bawah program/akademi khas dengan kerjasama dengan pihak industri.

54. Subsidi 50% pembiayaan latihan kemahiran dalam bidang pertanian/
penternakan /perikanan dan perusahaan di luar bandar.

55. Melaksanakan Agenda Cekap Tani Cukup Makan untuk melebarkan
penggunaan teknologi moden secara besar-besaran dalam ekonomi desa
seperti ‘precision farming’ dan penggunaan IoT.

56. Mendapatkan Kerjasama Kerajaan Negeri untuk mewartakan secara kekal kawasan pertanian seperti jelapang padi, dan padang ragut supaya tidak ditukar status kepada kawasan perbandaran, perindustrian dan penempatan.

57.!Menghapuskan AP dalam import agro-makanan khususnya produk yang tidak mempunyai pengeluaran domestik.

58. Mewajibkan 10% ladang GLC dikhususkan untuk penghasilan makanan.

59. Memperkenalkan Skim Perlindungan Pertanian yang
dicarum bersama oleh petani dan Kerajaan bagi melindungi pengusaha pertanian daripada sebarang risiko luar kawalan seperti cuaca dan penyakit.

60. Memperkenalkan Dasar Pekerja Asing yang mengutamakan kemahiran, skim gaji dan imbuhan yang setimpal dan sistem keselamatan insan.

61. Melaksanakan secara agresif pelbagai strategi dan rundingan
perdagangan bebas antara Malaysia dengan pelbagai negara serantau,
negara membangun dan negara maju.

62. Mengelakkan GLC daripada merebut (crowding out) peluang syarikat swasta dengan menetapkan had pelaburan dan penglibatan GLC dalam industri tertentu.

63. Melakukan reformasi menyeluruh undang-undang dan peraturan
imigresen dengan memperkenalkan pelbagai jenis visa bagi menarik
pelabur, bakat terbaik dan pekerja mahir untuk tinggal, bekerja dan
menetap di Malaysia.

64. Konsolidasi data / maklumat melalui penggunaan teknologi dan pendigitalan bagi meningkatkan
keberkesanan serta ketelusan sistem / saluran pengagihan bantuan kebajikan.

65. RM10 juta setahun sebagai baucar perjalanan OKU yang menggunakan perkhidmatan e-hailing.

66. Jawatankuasa Kabinet bagi Kehormatan Insan (INSANI) untuk menyelesaikan semua kes anak tidak sah taraf dan kanak-kanak tanpa dokumen dan hak mereka mendapatkan pendidikan.

67. Pindaan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang berkaitan bagi memastikan hak kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan wanita Malaysia
di luar negara.

68. Hukuman yang lebih berat bagi kesalahan pemanduan mabuk / khayal di bawah pengaruh alkohol / dadah.

69. Memperkenalkan Program Kemahiran, Bimbingan dan Anjakan Ikhtisas (KEMBALI) di peringkat nasional yang memberi peluang kedua kepada mereka yang tersasar, tercicir dan tertinggal (seperti bekas banduan / penagih, pesalah juvana dan lain-lain) dan memperuntukkan RM10 juta untuk inisiatif agro penjara.

70. Potongan cukai kepada syarikat yang mempunyai kemajmukan gender dan kaum dalam peringkat pengurusan.

71. Menubuhkan Tribunal Anti Gangguan Seksual dan melakukan kajian keperluan menubuhkan Tribunal Kesaksamaan Gender.

72. Memperkasa sistem perundangan Islam dan mahkamah Syariah dengan
memperbaiki kedudukan dan kebebasan badan kehakiman Syariah agar setara dengan Mahkamah Sivil.

73. Melebarkan perkhidmatan skim bantuan guaman sedia ada kepada kes Syariah kepada golongan yang layak dan memerlukan.

74. Mengintegrasi dan memodenkan sistem rangkaian kereta api dan rel nasional (Rangkaian Rel Nasional) yang menghubungkan semua bandar utama di seluruh negara.

75. Mengembalikan perkhidmatan Feri Malaysia yang menghubungkan Semenanjung dan Wilayah Sabah dan Sarawak.

76. Insentif RM500 kepada pasangan penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang menimang cahaya mata.

77. Memastikan sifar kemiskinan tegar dan mutlak menjelang tahun 2025.

78. Menawarkan insentif potongan cukai kepada majikan yang memperkenalkan sistem waktu kerja anjal kepada golongan ibu yang bekerja.

79. Menaiktaraf Amanah Ikhtiar Malaysia dan mewujudkan Bank Pembangunan Ekonomi Wanita.

80. Membangunkan sebuah Hospital Pakar Awam Wanita (HAWA) pertama sebagai hospital pakar mengkhususkan isu kesihatan wanita.

81. Membangunkan sebuah universiti awam wanita pertama.

82. Menubuhkan Akademi Kepimpinan Wanita di sebuah universiti awam sebagai pengiktirafan istimewa kepada potensi besar dan penting golongan wanita.


83. Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Wanita.

84. Memberi pengecualian cukai pendapatan selama 5 tahun kepada semua wanita yang kembali ke alam pekerjaan.

85. Skim subsidi nasional untuk ujian mamogram dan saringan barah serviks.

86. Menjadikan FELDA sebagai konglomerat nasional utama industri agro-makanan.

87. 100% liputan Internet di seluruh negara termasuk semua kawasan luar bandar dalam masa 30 bulan.

88. Membangunkan aset-aset strategik di luar bandar sebagai lembah pelbagai industri desa.

89. Mewujudkan Skim Latihan dan Bantuan Kewangan bagi membangunkan keupayaan golongan nelayan untuk meneroka potensi perikanan laut dalam.

90. Memperkasakan Bantuan Musim Tengkujuh untuk petani kecil, pesawah dan nelayan demi menjamin kelestarian pendapatan sepanjang musim tengkujuh.

91. Melaksanakan rang undang-undang alam sekitar yang lebih ketat dengan denda pembiayaan kos rawatan pencemaran kepada pesalah sehingga RM10 juta.

92. Mengetatkan undang-undang bagi memastikan aktiviti perlombongan dan pengkuarian bersifat mesra alam, meminimum pencemaran alam sekitar, mesra komuniti di sekitar lombong.

93. Menghapuskan permit import (AP) kenderaan elektrik (EV) bagi meningkatkan akses kepada penggunaan kenderaan mesra
alam mampu milik.

94. 100% perkhidmatan pengangkutan awam dan kenderaan rasmi Kerajaan bersifat mesra alam menjelang 2030.

95. Menubuhkan dana khusus bagi membantu mangsa bencana alam akibat pencemaran alam sekitar.

96. Memastikan semua projek Kerajaan mematuhi prinsip dan kayu ukur Environmental, Social & Governance (ESG).

97. Malaysia sebagai perunding utama inisiatif “Debt-for-Nature” di ASEAN, yang memberi peluang negara-negara kaya menawarkan dana sebagai pampasan kepada usaha mengurang dan menghentikan eksploitasi alam sekitar.

98. Menaikkan litupan kawasan hutan kepada 60% muka bumi Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri.

99. Meneruskan dasar dan hubungan luar yang berkecuali, bebas dan aktif dengan mengutamakan penggalakan perdagangan, kepentingan Islam, kesatuan ASEAN, hak asasi manusia, perubahan iklim, penyelesaian konflik antarabangsa secara aman dan keselamatan insan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " PRU-15 Ringkasan 99 perkara Perancangan Amal Dan Usaha-PADU " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares