Sakit pada tapak kaki, tumit, sendi dan urat sering berlaku keatas lelaki dan wanita berusia terutama akibat kemerosotan paras hormos testosteron bagi lelaki dan estrogen bagi wanita.

Sakit sendi, kejang otot dan sakit urat, sendi rasa ketat


Berikut ini antara cara menghilangkan sakit sendi yang boleh dicuba.


1) Halia

Ia telah digunakan secara tradisional sebagai tumbuhan dengan nilai perubatan sejak sekian lama dan terbukti secara saintifik pada tahun 1982, dengan penggunaan halia mampu melegakan sakit sendi yang berkaitan dengan rheumatoid arthritis.

Halia




Halia berkesan menghalang keradangan yang menjadi punca rasa sakit sendi dan urat.


Halia juga berkesan untuk rawatan penyakit seperti asma, diabetes, strok dan sembelit.

1 inci halia dipotong halus rendam dalam air panas selama 10 minit. Minum sebaiknya sebelah malam sebelum tidur.

2. Aloe vera

Aloe Vera sangat berkesan untuk kesakitan sendi dan urat


Aloe vera dikenali tentang fungsi mencantikkan untuk masalah kulit juga berkesan untuk luka kecil, sengatan serangga, lebam, gatal akibat pokok beracun dan ekzema.

Bahan seperti anthraquinone, anthracene, cinnamic acid dan anthranilic acid didalam aloe vera berfungsi sebagai anti-arthritis dan ajen anti radang yang sangat berkesan.

Aloe Vera mempercepat pertumbuhan semula tisu, meningkatkan dan merangsang tindak balas imun dan meningkatkan sel darah putih.

3. Lada hitam atau lada putih

Lada hitam dan putih



Lada hitam mempunyai aroma berkayu, aromatik dan pedas.

Piperine adalah sebatian bioaktif yang diperolehi daripada lada hitam yang boleh mengurangkan gejala-gejala sakit urat dan sendi ringan.


Ia juga meningkatkan rembesan jus gastrik untuk meningkatkan pencernaan, melegakan loya dan sakit kepala.


4. Kunyit

Kejang otot, sakit sendi dan urat akut atau kronik (berpanjangan) boleh dirawat segera dengan minum teh kunyit. Bahan curcumin berwarna oren sangat baik untuk merawat keradangan urat dan sendi.

Kunyit



5. Teh hijau

Sebatian aktif di dalam teh hijau adalah polyphenols (catechins dan flavonols), kafein dan minyak pati dan catechin yang paling besar dalam epigallocatechin merupakan antioksidan yang kuat.

Teh hijau memiliki bahan polifenol tinggi untuk rawat radang sendi



Teh hijau mengandungi bahan anti radang epigallocatechin 3-gallate (EGCG). Saintis dari University of Michigan mendapati bahan dapat mengurangkan keradangan dan sakit sendi.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Atasi tumit tapak kaki Sakit Sendi tumit dan betis Dengan Herba dan Rempah " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares