21 Nov Setiap tahun merupakan hari meraikan kemudahan televisyen yang merupakan sebahagian dari masyarakat.

Banyak kontroversi yang menyelubungi kesan televisyen mendatangkan kemudaratan kesihatan dan sosial.

Namun begitu banyak saluran memberi maklumat pendidikan dan berita semasa seperti History Channel, Discovery Channel dan Animal Planet berfaedah untuk membina pengetahuan kepada masyarakat.


TV juga membantu membina intelek kanak-kanak khususnya melalui program pendidikan.

Di Malaysia Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman merupakan pengasas dalam penyiaran Televisyen Malaysia.


Kamera yang digunakan masa zaman dulu untuk rancangan TV.

Tunku Abdul Rahman Dalam siaran pertama televisyen

Bila bercakap tentang TV di Malaysia, yang pertama sekali ada adalah Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang mula-mula dikenali sebagai Radio Malaya pada 1946.

Menjelang 1 Julai 1961, Kementerian Penerangan dan Penyiaran telah ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman.

Tunku juga telah melancarkan Perkhidmatan Televisyen Malaysia pada 28 Disember 1963.

Pada awal penubuhan Televisyen Malaysia, siaran televisyen hanya bersiaran selama 44 jam seminggu tapi pada hujung minggu, waktunya dipanjangkan.

Apa yang lebih menarik, rancangan secara langsung banyak dilaksanakan dalam mengisi slot-slot siaran Televisyen Malaysia pada masa itu sebanyak 50 peratus, manakala selebihnya diisi dengan filem-filem dari Filem Negara Malaysia dan luar negara.

Televisyen Malaysia juga mendapat bantuan dari Suruhanjaya Penyiaran Kanada dari segi teknikal dalam bidang kejuruteraan, latihan, rancangan dan pentadbiran.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Hari Televisyen Sedunia " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares